Followers

Friday, December 21, 2012

I'am 21 Dicember 1990...

Assalamualaikum...Bismillah

Alhamdulillah..genap hari ni 21 disember 2012..umur dah 22 tahun. Suatu kesyukuran bagi aku, masih mampu bernafas. Yes..tahun ni memang berbeza sikit dari tahun-tahun lepas. Bukan mengenang perkara yang lepas, dan bukan bermakna tahun ni kurang baik. Cuma keadaan yang membezakannya. Bermula awal tahun bulan januari pertengahan, " Dia" hadir dalam hidup menjadi teman sehingga kini. Bagaikan anugerah dari Allah, walaupun cara pertemuan adalah "kebetulan" tapi ianya sungguh menarik untuk dikenang bersama. Dia rasa apa yang aku rasa, dan kami serasi bersama. Alhamdulillah kami rancang untuk hidup bersama selepasa tamat pengajian dan bila dah dapat kerja tetap. " she love  me more ". Lama dah tak dengar orang cakap " i love you "..hahaaa.. last day she said that to me..kakaka.. gila bunga-bunga dala hati beb!!.. Tunggu datang johor bahru, nak ajak jalan-jalan dan shopping katanya. Siap ajak makan malam kat rumah. Amboi malu sebenarnya, sememangnya pihak keluarga dah kenal tapi rasa malu dan segan masih ada dalam diri aku. Hubungan sekarang masih belum menjamin apa-apa walaupun kedua pihak keluarga dah bersetuju kerana jodoh dan takdir tu pada kuasa Allah Ta'ala kan. Berdoa semua takdir yang baik tu milik kami dan bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Itu sahaja. Inilah kisah kami selepas hampir 9 tahun tidak berjumpa. Seorang teman sama kelas masa darjah 6 sekolah rendah. Berpisah selepas masuk tingkatan 1 dan jumpa semula selepas umur 21 tahun. Siapa sangka kan? Oleh kerana dia sentiasa ada masa susah, senang, walaupun jauh jaraknya..rasa macam dekat. Hati memilih dia sebagai " teman pengganti "

Selain kawan-kawan, semestinya tidak lupa. Seorang ibu pasti tidak lupa pada anak. Terima kasih banyak-banyak. Alangkah gembira akau mak dapat baca semua ni. Kasih seorang ibu tiada ganti. Sejauh mana pun kita pergi biarlah dalam lingkungan doa seorang ibu kerana doa ibu adalah keberkatan bagi kehidupan seorang anak. Tiada ibu, maka hilanglah satu keberkatan dalam hidup kita ni.

Semalam lepas jam 12 malam, orang mula wish " happy birthday". Kepada mereka dan kawan-kawan yang ucap selamat hari lahir... terima kasih banyak-banyak. Seminggu ni keadaan badan macam tak betul, malam berjaga sampai subuh. Siangnya pula bersengkang biji mata tahan mengantuk hadap kuliah minggu-minggu akhir ni. Dengan perbentangan proposal kajian tahun akhir, ujian , asignment. Sungguh ini semua mencabar kewarasan beb. Terima kasih pada rumate, walaupun kadang-kadang gila sikit..hahaa. dia la duk teman berjaga malam. Study ke tak itu lain cerita, janji teman berjaga malam sampai subuh. 

SEDIKIT INFO MENGENAI SIFAT MEREKA YANG LAHIR MENGIKUT HARI DAN BULAN KELAHIRAN

mengikut kajian sahaja. tidak semua betul ohkeyyy!!!.. jangan percaya sepenuhnya..:)
 21 HARIBULAN

Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.


DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik

    info dari :
  1.  http://rahsia-tarikh-lahir.blogspot.com/2008/01/rahsia-tarikh-lahir-mengikut-haribulan.html
  2.  http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/rahsia-bulan-kelahiran/


p/s: 

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.



Sunday, December 16, 2012

KAU PERGI.........

Assalamualaikum... Bismillah

Pada awal perkenalan, aku mengenali namanya dari perbualan kawan-kawan. siapakah gerangan orangnya. pertemuan kami dengan kawan kepada kawan akhirnya kami jadi sahabat yang dah macam adik beradik. makan, jalan-jalan, pergi trip bercuti.. yes!! kami macam adik beradik. Alhamdulillah dia sudah graduate, dan kami harus menerima hakikat. kehidupan mesti diteruskan, masa depan dan membina keluarga sendiri semuanya. apa yang pasti kami mesti rindu saat berkawan bersama, saat masa kat kampus.

Macam-macam kami buat... misi sata, kejar sunset..ikan bakar...redang trip.. megi ketam... kisah Kulit pisang sampai jatuh motor.... semua kenangan buat kami rindu....!!

Sebelum ni dia kerja dekat dengan kampus kami je, dan sekarang kena pindah jauh dah. sungguh kami terasa sedih dengan perpisahan. " jauh sudah adik beradik kita sorang tu ".. sungguh aku merasakanya...

Dia pergi untuk meneruskan kehidupan masa depan....

Biarkan gambar berbicara :)

bagi kami awak ------

 awak , kami semua-----



awak, --------bagi kami

 inilah orangnya..  >> Chena

p/s : masa nyanyi lagu sahabat..aku nampak dah chena bergenang air mata.. sedih dengan perpisahan ni , kan sahabat.. :). masa entry ni siap memang dia dah jauh berada di sana, tempat asal dia. kg halaman dan tempat kerja baru..

Monday, December 10, 2012

Hidup aku dan solusinya, bersama Maggie Ketam

Assalamualaikum... Bismillah..

Siapalah kita dalam menentukan apa yang akan berlaku pada esok hari, jangan sekadar berdoa untuk mendapatkan perkara yang baik-baik sahaja. Ianya perlu disertakan bersama usaha untuk ke arah perkara yang baik-baik. Kadang terfikir, aku sangat teruk dalam kehidupan sendiri, dalam menunaikan tuntutan yang sewajarnya.. Leka, lalai dari landasan yang sebenar. Kadang aku hanya perlukan seseorang untuk menyedarkan diri aku yang leka, memberikan sedikit kata-kata semangat dan harapan moga motivasi untuk berjaya itu bertambah-tambah, biarlah pada hakikat harapan yang diberikan itu hanya helah dan tipu!! Palsu pun tak mengapa. Aku suka !! Biarlah harapan palsu sekali pun, aku terima motivasi yang diberikan dan anggaplah apa yang diucapkannya itu seperti hal sebenar. Asalkan nampak macam motivasi pembakar semangat diri.

Bila cuba fikirkan, hakikat bagi seorang lelaki pasti ada seorang wanita yang selalu memberikan kekuatan atau semangat disebalik kejayaanya. Alhamdulillah, dalam sedang menghadapi banyak perkara sukar dalam hidup, ada seseorang yang mengambil berat tentang aku, sungguh aku tidak menghadapi seorang diri. Menilai dan analisis setiap apa yang berlaku, mengubah yang pahit menjadi manis kepada aku. Sungguh aku bersyukur padaNya. Dia yang hadir sudi menjadi teman pengganti. Maha Kuasa Allah yang Pemberi Solusi...

"Aku sayang pada dia yang menghargai aku..., Memilih dia yang memilih aku , Lebih rela mengubah hati sendiri dari cuba mengubah hati orang lain yang mustahil untuk kita ubah"..Alhamdulillah kini  ada yang menghargai aku dan dia mungkin akan jadi teman hidup. Jawapan dia " Yes!!" dia sudi. Selepas ibu, dialah tempat aku kongsi cerita, begitulah dia sebaliknya. Kami saling kongsi dan mendengar masalah serta memberikan pendapat cara selesaikannya. Selesa dan Serasi , Itulah Isi Hati Kami. Walaupun kami jauh, hati kami dekat katanya...:), mak ayah dia dah bagi lampu hijau, cukup duit masuk meminang terus. Kukuh ekonomi boleh akad nikah..hahaahaa..

Memilih dia yang lebih menghargai, lebih baik. Sayanglah pada apa yang kamu ada.


Beberapa hari yang lepas... dengan niat ingin tenangkan fikiran, berjalan malam dengan makan meggi ketam. Demo* (awak atau anda) boleh cuba sendiri..kedainya sekitar Tanjung Lumpur ,Kuantan.. Harga dia sepadan dengan rasanya.. sedap. Ketamnya pun besar, suasana kedai pun ok. WWR Maggie Ketam.cari la sign board dia ea...keh3..



Kawan-kawan dan Maggie Ketam, Siapa pernah makan..dia mesti tahu!!!.. :)

p/s: suka untuk aku kongsikan apa yang aku buat dan kegembiraan aku dengan semua orang... :)

Thursday, December 6, 2012

Bila Tunang..?

Assalamualaikum...

Betapa gembiranya hati bila dapat restu seorang ibu tu kan..:)
Beberapa hari lepas, bertanyakan mak khabar..sihat ke tidak, macam mana kehidupan kat rumah.. suasananya macam mana. Maklumlah berapa bulan dah tak balik rumah ni, belajar jauh dari rumah. Itulah hakikat bila merantau, kerinduan pada ibu dan kampung halaman. Satu bahagian yang paling best

" Habis belajar nanti Usu boleh tunang dengan budak tu, abang dia pun setuju Usu jadi adik ipar dia " perghh!!!!.. untong laaaaa....aku.. alhamdulillah mak dah bagi Green Light!!

Apa keputusan dari pihak perempuan?

oh Yeaa..Yeaa!!.." Yes !!"  Mestilah setuju kan, :)..
" She ...is awesome!!"
nampak tak cincin di jari.. ? :). tapi tu cincin hadiah masa raya..tanda dulu ..kih3

Persoalannya, apakah hakikat bertunang?

Bertunang hakikatnya satu perjanjian persetujuan untuk berkahwin. Apabila kedua-dua belah pihak bersetuju maka satu tanda ikatan dimeterai bersama. Sebagai tanda ikatan pihak lelaki dan perempuan akan saling menyarungkan cincin pertunangan dan ada juga yang memberikan hadiah lain.
Pertunangan merupakan mukadimah kepada perkahwinan. Ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.
Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia. Walaubagaimanapun disana terdapat tatasusila atau batas- batas terhadap perhubungan ini ,yang di katakan sebagai adab-adab bertunangan (ianya melibatkan kedua- dua belah pihak samada lelaki atau perempuan) .

Adab dalam bergaul
Maksud pergaulan disini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing :
1 . Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh mahram (si perempuan ). Seboleh-bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan
2 . Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah :" Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan. "
3 . perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.
4 . Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.
5 . Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan
apa saja.

Jadi, pertunangan dalam Islam sepatutnya mencontohi proses di atas. Sebab itu dalam Islam tempoh pertunangan tidak digalakkan terlalu lama.
( iluvislam.com)

Tempoh pertunangan
Pada hakikatnya islam menggalakkan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan ,ianya bagi mengelakakn daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara-perkara yang tidak didugai dan ulama sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertungan, cuma rata-rata mereka lebih cenderung untuk memendekan tempoh ( iluvislam.com)

She said " Dear.kalau kita tunang pak payah lama-lama okey, 3 bulan cukup la.." then.. Tokey cakap " ok  bereh !!"



p/s: " Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain "

Wednesday, November 28, 2012

" Ditelan mati emak, Diluah mati bapa "

Assalamualaikum...Bismillah

 " Ditelan mati emak, Diluah mati bapa "

Keadaan yang amat serba salah. Peribahasa ini cukup untuk menggambarkan satu situasi dimana manusia berada dalam keadaan tersepit di antara dua keadaan atau antara dua pihak atas sebab-sebab tertentu. Mak dan bapak atau lebih manis disebut ibu ayah adalah satu contoh untuk menceritakan bahawa kedua-duanya adalah sama penting, sama bernilai.Tuhan menjadikan setiap ujian itu manusia dapat pikul, tak ada yang melebihi kemampuan manusia. usaha, tawakal dan berdoa pada Tuhan.kita tunggu dan lihat. Manusia yang beriman akan sentiasa yakin akan pertolongan Tuhan. kalau kita  pernah buat salah, kena berani tanggung. kerana manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. kalau tak pernah buat, itu bukan manusia. kalau apa yang kita buat itu betul, tidak perlu takut, sebab kebenaran akan mengatasi kebatilan. Kebenaran itu adalah haq. kalau apa yang kita buat itu kita rasa betul, akan ada ganjaran dari Tuhan yang akan kita peroleh.

Memang bila kita menghadapi dilemma bila berdepan situasi seperti ini dan ia amat merunsingkan tapi selagi kita berfikiran rasional kita akan cuba mencari jalan terbaik menangani isu berkenaan. Keseimbangan mental dan fizikal adalah penting untuk memberi semangat dan motivasi dalam diri. Namun begitu haruslah diingat bahawa akal dan tindakan insan juga ada kelemahannya. pokoknya kita harus mencuba sedaya upaya dan yang terbaik bagi menghadapi perkara tersebut.

Susahnya nak hadapi situasi ni, sekarang baru aku faham. Setiap orang dugaannya berbeza-beza. Sedih hiba, Allah sahaja yang tahu. Hanya dia tempat mengadu. Apakah harus aku pergi buat seketika untuk meredakan keadaan, namun pasti SANGAT MERINDUKAN KASIH SEORANG IBU. Arwah ayah telah lama pergi, hampir 10 berlalu. Hanya ibu yang ku ada, tempat mengadu kasih seorang anak, berkongsi cerita... Tapi apakah dugaan sebegini yang harus ku terima, berjauhan, menjauhi kasih ibu yang kita sangat-sangat sayang atas perkara telah berlaku. Demi mengubat hati kecewa dan terkilan......

" Rindu Pada Kasih Ibu Yang Harus Ku Pendam "


" pahit derita harus ku telan, kerana kasih pada seorang ibu... biarlah kita merindu dahulu mek, usu sayang mek, tiada ganti dalam dunia ni sebab hanyamu yang melahirkan diri ini... "

Aku belum bersedia menerima....orang baru dalam keluarga


Saturday, November 24, 2012

Tanda-tanda Anak Bijak

Assalamualaikum....Bismillah..

Setiap ibu bapa atau keluarga mahukan seorang anak yang bijak pandai. Bila berkeluarga itulah yang menjadi harapan bila dah besar nanti. Jadi anak yang soleh, orang baik-baik dan ingat jasa ibu bapa. Oleh itu kita dapat melihat tanda-tanda anak kita mempunyai keistimewaan tersebut dengan beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan :.


jom kita kongsi 10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak :-


1. Mengekalkan Maklumat

Jika kanak-kanak biasa bagaikan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’ apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain. Minda kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

2. Minat yang meluas

Minda anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah seterusnya.

3. Membaca dan Menulis di awal usia

Anak anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.

4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik

Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.

5. Menunjukkan Konsentrasi

Kanak-kanak biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan konsentrasinya terhadap sesuatu.

6. Mempunyai ingatan yang baik

Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.

7. Susun kata yang maju berbanding usia

Kanak-kanak yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.
Misalnya anak-anak berusia 2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya anak-anak bijak ini akan berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka membuat bising di rumah kami’. Berbeza bukan?

8. Memberi perhatian yang terperinci

Kanak-kanak yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu berubah kedudukan dan sebagainya.

9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya

Kanak-kanak di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah dirinya.

10. Memahami konsep yang rumit

Kanak-kanak yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit, melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak. Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.

p/s: ibu cakap.. dia pun nak anak ayah macam ni.. semua di atas.. :P

Thursday, November 22, 2012

Majlis Bertunang Orang, Kita tengok je dulu okay!!

 Assalamualaikum...Bismillah


Tokey nak tanya.. apa senarai barang keperluan untuk majlis bertunang.. ? sebab ada kawan nak bertunang.. dia nak dipinang orang dah. Oleh itu, pihak lelaki perlu menyediakan barang-barang atau hantaran meminang kan..

hak tokey tau... 1 cincin merisik, 1 cincin tunang... hak lain.. ambo tak tahu


sumber google images

siapa boleh tolong nyatakan senarai majlis bertunang..
majlis tak besar, sederhana dan bersahaja... simple and steady gitu  
tempoh bertunang haruskah lama atau dalam jangka masa 3 hingga 4 bulan sahaja?


Ketika kamu mencintai seseorang, jadilah alasan dia tersenyum, bukan alsan dia terluka dan tak bisa lagi mencinta. Read more at: http://gocengblog.blogspot.com/2012/02/kata-kata-cinta.html Copyright by gocengblog.blogspot.com Terima kasih sudah menyebarluaskan aritkel ini
" Kamu bukanlah yang pertama untukku, tapi berharap kamu yang terakhir bagiku "
Ketika kamu mencintai seseorang, jadilah alasan dia tersenyum, bukan alsan dia terluka dan tak bisa lagi mencinta. Read more at: http://gocengblog.blogspot.com/2012/02/kata-kata-cinta.html Copyright by gocengblog.blogspot.com Terima kasih sudah menyebarluaskan aritkel ini
Ketika kamu mencintai seseorang, jadilah alasan dia tersenyum, bukan alsan dia terluka dan tak bisa lagi mencinta. Read more at: http://gocengblog.blogspot.com/2012/02/kata-kata-cinta.html Copyright by gocengblog.blogspot.com Terima kasih sudah menyebarluaskan aritkel ini

saya nama - "YaYa"


p/s: orang bertunang..kita tengok je dulu...Uwang enggak ada!!

Tuesday, November 20, 2012

Boikot tak praktikal? Habis tu apa yang kau mampu buat? !!

Assalamualaikum...Bismillah...

Kita bersenang-senang disini, mereka dalam derita disana... Ya Allah,lindungilah Saudara Palestine dan Syria.. 

Apa yang kita mampu bantu dalam isu serangan Israel yang laknat tu ke atas GAZA?
Boikot..

"Boikot-boikot ni tak praktikal..." kata seorang teman kepada saya baru-baru ini.
"Mengapa?" tanya saya.
"Kalau kita boikot produk-produk tu, kita juga yang susah. Bukankah anak-anak kita juga yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan?" jawabnya dengan satu soalan.
Saya terdiam. Ada logiknya.
"Kita belum kuat, jangan cari penyakit,

"tambahnya lagi.
"Kalau begitu bagaimana kita hendak melahir
kan kebencian tehadap Zionis?" kata saya.
"Perlukah kebencian dilahirkan?"
"Kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya?"
Dia pula diam.
"Kalau awak tak setuju dengan kempen boikot produk Yahudi ni...ada cara lain?"
"Kita tak boleh buat apa-apa,"ujarnya selamba.
 
Sikap inactivenya itu mengingatkan saya satu kisah yang saya dengar diceritakan dalam satu rancangan TV9 oleh Ustaz Zamri "Mantop" satu ketika dahulu. Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu.
Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.
"Apa gunanya air yang setitis itu?" Burung besar menyindir.
"Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim," jawab burung kecil.
"Ha..ha..ha usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi.
Anda tahu apa jawapan burung kecil?
Jawapannya begini:
"Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu..."
Mendengar jawapan burung kecil itu, sekalian burung yang besar terdiam.
Ya, kalau kita umpama "si burung kecil" dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi... siramlah walau "setitis air" untuk memadamkan keganasan.

Carilah BUKTI dan SAKSI keperihatinan kita terhadap nasib umat Islam dihadapan Allah nanti.

Share this article.

Petikan dari buku "Beduk Diketuk - Pahrol Mohd Juoi (Telaga Biru)


Sunday, November 18, 2012

Ayah lupa la Ibu, kat mana kereta kita tadi?

Assalamualaikum..Bismillahirahmannirrahim.....

Siapa baru pandai memandu atau baru dapat lesen? atau jarang sangat bawa kereta tapi lesen lama dah ada. Lesen tu dah boleh buat hiasan dalam dompet/wallet. Mungkin kerana jarang memandu dan biasa orang lain yang memandu untuk kita, kita mungkin hadapi perkara ni.

 

siapa pernah terjadi...? hahaha.. serius beb..Tokey pernah.!!. keluar bandar. parking kereta kat bangunan bertingkat, bajet ingat la konon... sekali " eh, betol ke parking kat sini,..? " , " mana kereta, macam parking kat floor ni tadi..."  Oleh keadaan sekitar setiap tingkat /floor parking kereta hampir sama, kita mungkin keliru dengannya. oleh demikian, take note nombor tiang parking tu ya..atau kalau dah nyanyok sangat snap je gambar tiang tu...kih3

p/s : bawa awek pergi jejalan bandar, kereta lupa parking kat mana...siapa pernah?? cepat ngaku!!..hahaha

Wednesday, November 14, 2012

Mak Cakap OKAY , SETUJU!!!.. :),.. murah rezki nikah muda..

Assalamualaikum...Bismillah..

Apa pendapat kamu dan kamu semua tentang nikah awal atau dalam istilah lain kahwin di usia yang muda? lingkungan umur tidak lebih dari 24/25 tahun?. Mungkin ramai juga yang bersetuju dengan nikah pada usia awal untuk mengelak dari zinar dan maksiat, dan mungkin ada juga yang tidak bersetuju dengan nikah pada usia muda atas alasan tidak cukup matang serta tiada uwang!!.. :)

Pendapat saya, saya suka nikah awal sebab mak saya suka. Dengan alasanya " buat apa nikah lambat-lambat sangat, nanti takot mek tak sempat tengok cucu mek..".. perhh... berita gembira ini dapat semasa panggilan Hangit!! malam tadi.. dalam jam 9.45 malam.. 13/11/12..keh3..dah rindu sangat kat mek, hidup berjauhan..maklumlah belajar jauh, orang lain cuti balik je kampung, kita tak dapat balik. Dengan alasan tahun akhir, banyak kerja nak buat kan... telepon sahaja lah dikala rindu pada ibu ku itu... *banyak betul alasan kali ni :)

Soalan cepu emas dari mek " Usu, abang kawan mu datang rumah, mu bercinta dengan adik dia ke? ".. susulan cerita dalam telepon yang bakal abang ipar dtg jalan ke rumah di kampung.. Bakal abang ipar katanya mek pun. aduhaiii...  ahhh suka benar dia soalan macam letak senapang kat kepala. memang kena jawab dalam ketawa...hahahahahahaha.. ada pulak tanya gitu.. dan terfikir sejenak " apakah yang ibuku bergosip dengan bakal abang ipar tu...yer ?" Mak ayah dia pun tahu ... mek saya pun tahu,. jom kumpul duit la pulak... :).. andai jodoh  dah jadi pilihan keluarga, agak sweet juga kan...hehe.

Kamu dan kamu semua setuju kah dengan jodoh pilihan keluarga ni?
Tidak rasa macam kurang matang ke nikah awal ni?
Tidak rasa macam ni  ke ?" amboi..kawin awal, tak sempat nak jaga mak ayah"

Ada orang cakap, bercinta selepas nikah/kahwin itu lebih bahagia. ibu bapa semestinya mahukan yang terbaik untuk anaknya. Dan adakah aku sudah cukup baik untuk bakal isteri??.. persoalan yang wajib dan mesti aku fikirkan dari sekarang sebelum sampai masanya. setelah selesai akad nikahnya, maka bersedialah kita dengan tanggungjawab yang sangat besar, pada isteri dan keluarga mertua.

Kita hanya mampu merancangg dan Allah yang menentukan, siapa jodoh tu kita tidak tahu. sekadar bercakap di mulut memang boleh. Dan anggaplah siapa yang hadir dalam hidup kita serta sudi jadi teman hidup tu adalah Anugerah Pemberian Allah Kepada Kita :).. yeaa yeaa

Doa ibu bapa adalah suatu rahmat untuk kita. " sayang ibu bapa, sayang isteri"...kih3

p/s : siapakah dia yang sebenarnya ?



Tuesday, November 13, 2012

Separuh Aku by Noah

Assalamualaikum..Bismillah

jom share lirik lagu kumpulan baru.. Noah.
susunan muziknya sangat rileks dan kalau nak karoake pun tak penat. simple dan best.

Separuh Aku by Noah


Dan terjadi lagi
kisah lama yang terulang kembali
kau terluka lagi
Dari cinta rumit yang kau jalani

Aku ingin kau merasa

kamu mengerti aku mengerti kamu
aku ingin kau sadari
Cintamu bukanlah dia

Dengar laraku

Suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku dirimu

Ku ada di sini

Pahamilah kau tak pernah sendiri
Karena aku selalu
Didekatmu saat engkau terjatuh

Dengar laraku

Suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku
menyentuh laramu
Semua lukamu telah menjadi milikku
karena separuh aku dirimu


p/s: sumber dari google.. :)

Monday, November 12, 2012

Kami Adik-beradik Pergi Jejalan Rumah Ayah dan Mak..

Assalamualaikum..Bismillah... 

salam sejahtera,salam 1Malaysia....keh3... hidup tok guru!!!....:P,

Apa perkara yang saya telah buat pada hari bertarikh 10-11-12..

Pada hari tersebut...best jugak.. pergi jalan dengan adik beradik saya yang best sangat2.. mereka sahabat a.k.a  adik beradik bagi tokey.. kami pergi rumah kawan yang dah kawin. macam mak ayah dah 2-orang tu, kami geng yang belum kawin ni macam anak-anak dia....kih3... 

ni la mak ayah kami....kah3.. jangan marah oiuuu dan fariha.. kalau2 baca entry ni..hehehehe
*oiuuu dan farihaa!!..


ini tiga orang anak jantan yang nakal..... :).. tokey, SyamGanu dan Yon-yon Cat...
 
che-na dan che-ja ..hahaha.. pandai tak reka nama ni.. macam kembar!!!.. 

ini dua orang anak perempuan..yang tahu gelak je.. " sore suka Gerok2 ikan U-turn dalam air!!!".. " sore suka  kucing - yon yon Cat.."..kih3... semua gambar di atas ambil masa trip kami sekeluarga pergi Redang..:),..

semasa pergi jalan umah mak dan ayah... kami masak ni

Sotong goreng tepung, telur hangit belah bawah sahaja* (teruk ayah masak)!!!..., sayur bayam, ikan selar papan pendek....:P... chef che-na masak... :)
selepas makan tengah hari... kami pergi jalan lagi ke Cherating... hadoi.. 

Best..!!!
Singgah kat Villa kat atas bukit tu...nama apa entah villa tu... shantekk!!!.. dengan abe gapo dah namanya.. yang penting dia best la... belanja kami minum air nyor..:) dan kat Cherating ni che-na beli layang-layang.teringin sangat nak main katanya

gambar hiasa dari google.. :)

Layang-layang yang che-na beli tu macam yang pelangi ni...banyak ekor mengurai tuh.. main tak lama pun. hari nak hujan, lepas tu kami terus balik kuantan. lepas magrib, perot lapar.... makan kenyang lepas tu tengok cerita pulak dah... Instanbul Aku Datang... ok lah cerita dia. Tunjuk kisah pakwe curang!!!.. Tamak..eh eh.. Tomok...:P.. dah selesai kisah pakwe curang ni kami terus pulang ke rumah masing-masing..:), 

kisah esok....kita cerita esok-esok deh...!!!.. Ikan kekek mat eloi-eloi... ikan sebelah nak nyanyi macam mana? hadoii  !!! laaa... 

p/s: stakat ini sahaja ...untuk hari ni.. sekian untuk sep kito..:P

Wednesday, November 7, 2012

PEREMPUAN mulot manis


Assalamualaikum... Bismillah..


sehat ke anda sekalian... biasa dengar tak .. " perempuan mulot manis, memang tak boleh percaya"

Ada atau biasa dengar kan kata-kata " Lelaki mulot manis , memang tak boleh percaya ".. memang pun.
kebanyakan macam tu..tapi tak semua. Ada juga yang tokey tak setuju. Bila cakap je laki mulot manis, anggap dah macam je semuanya jahat dimata perempuan. jarang sangat kita dengar. " perempuan mulot manis, memang tak boleh percaya".. rasa macam janggal sikit kan.. kalau macam ni..
" perempuan mata duitan, memang tak boleh percaya"..keh3.. tidak pun macam ni.. " perempuan mulot longkang, muka je lawa...tapi teruk"... adui.. hahahaha.. Jangan marah yer.. tidak semua macam ni. ada yang bagus, ada yang tidak..


"ikhlas atau jujur.. manis mulot lelaki...siapa tahu.. kau tau ker?? " Hanya Allah yang tahu.. 

Mungkin perempuan dah biasa terkena dengan perkara atau janji mulot manis dari lelaki...

" I janji... i akan nikah dengan U.. hanya U sorang je...i ada sekarang "...keh3.... biasa tak ?...biasa la kan...
tak pun macam ni.. 


" i suka dekat U je..., mana ada orang lain dalam hati i.. "..keh3....


itu janji-janji manis lelaki terhadap perempuan...

Janji-janji perempuan terhadap laki macam mana pulak ya... aish.... dop biasa dengar..
ada tak sesiapa boleh bantu..?
" aduhh...guane ni.. dop reti nak buat ayat orang perempuan...."..uweekkk

cepat..!!!... siapa boleh tolong...? 

sangat tertarik kalau perempuan cakap

" i kan dah ada abang...buat apa cari orang lain lagi... abang je yang ada dalam hati baby.." auuww..baby la sgt!!!..

" hubby..i love u... hubby... baby syg sgt2...., sanggup ke hubby tunggu baby sampai habis belajar..?

kesian pakwe .. tunggu ler sampai lebam bijik mata rindu ke awek simpan semua kenangan yang ada selama perkenalan.Maklum la awek jauh.. Sabah nuh pergi ngaji unibersiti. Habis je belajar si awek...

" saya minta maaf..., saya ada pilihan hati yang lain..." ..

setelah perempuan berjanji dan tidak ditepati.. sedih la geng kawe, maka keluarlah ayat ni

" Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu.Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi."


- Maxim Gorky- pun cakap macam ni:

“Kebahagiaan selalu terlihat kecil jika anda hanya memegangnya di tangan anda, tetapi jika anda melepaskannya, anda akan belajar betapa besar dan berharganya kebahagiaan tersebut.”


 menangis mata darah dah tak guna pakwe eh.. baik mu cari je.. bersepah lagi awek dalam dunia ni..lawa, comel...agama baik.. ada semo.. jangan pilih hak pelik-pelik sudah la.. pilih yang boleh jaga kita sakit demam, boleh didik anak-anak, tahu jaga maruah dan hal agama.. 
kita pun kena JADI MOLEK JUGAK LAH!!!.. JANGAN TAHU PILIH PEREMPUAN HAK MOLEK JAH... LELAKI PUN KENA BAGUS JUGAK.. BERSEDIA...
BARU ADIL , PEREMPUAN BAIK.. LELAKI BAIK.. yer tak?

apa pun yang pernah berlaku dalam hidup kita ada pengalaman. mengajar kita erti kehidupan dan perhubungan sesama manusia. belajar erti setia, jujur dan kasih sayang. siapa tahu jodoh dan takdir masa depan...tiada siapa yang tahu..  harus bersedia dan jadi " COOL"..bila hadapi perkara macam ni. biasakan diri dengan masalah..sebab hidup kita kan lebih matang dengan cara mengatasi.. dan paling penting " Redha " itu wajib...

manis betul nieh!!..:)


ohoii... Janji Ditepati!!!...





p/s: mak ayah dia dah setuju kalau kami nikah awal, dan berpesan..jangan lupa  tolong mak ayah sebelum dan selepas nikah... kih3..  restu dah ada.. pitih jah tak dop...adoi.. nak nikah macam mana ni... bikin gempak!!.. ke guane...?

Monday, November 5, 2012

Perempuan tu Single

 
Assalamualaikum...Bismillah


Kalau PEREMPUAN tuh dah SINGLE,
then awak selalu caring pasal dia buat dia tergelak.
Dia boleh jatuh hati dengan awak dalam diam-diam tau


https://www.facebook.com/TelagaEmasAsiaEnterprise

Saturday, November 3, 2012

SAYA NAK CAKAP SESUATU PADA AWAK

Assalamualaikum....Bismillah...

kebahagiaan atau kegembiraan kita adalah milik kawan-kawan kita jugak.
suka saya share cerita atau perkara yang happy2..mereka tempat saya berkongsi dan luahkan semuanya...



Saya nak ckp sesuatu kat awak. tgk no 5

2- Jawapannya tgk no 11
3- jgn mrh tau. tgk no 15
4- Brtenang, jgn marah. lekluuu :3 tgk no 13
5- Tgk no 2.
6- Jgn maki hamun tgk no 12
7- Sayaaa.. nak jumpa ayh awk. Nk pinang awk, tu je :D
8- hm sy nak bgtau dah nie... tgk no 14 jap.
9- sabor2. tgk no 4 dulu.
10- Ni lastt, tgk no 7.
11- harap2 awk tk mrh, tgk no 6
12- maaf, tgk jap no 8
13- hihi. sekali lg. tgk no 10
14- hmmmmm. tgk no 3 lahh.
15- msti nyirap kan? tgk no 9


suka tak ? :)

Jangan Hidup di Masa Lalu

Mungkin terasa nyaman bagi kita mengingat hal-hal yang menyenangkan di masa lalu tetapi jangan anda terlena didalamnya. Fokuslah dengan apa yang terjadi saat ini, kerana kita pun akan dapat merasakan banyak kebahagiaan di saat ini. Saya yakin kita akan mempunyai perasaan yang jauh lebih berbahagia dan lebih manis jika kita menghargai apa yang terjadi saat ini dibanding dengan mengingat-ngingat kebahagiaan di masa lalu.    

p/s: KAWAN-KAWAN SAYA ADALAH ADIK BERADIK SAYA... kan..?
 credit pada member yang pergi trip pulau...mereka tahu... :)

Monday, October 29, 2012

MEMORI WITH HANNAN " Kami rindu kamu"

ASSALAMUALAIKUM.......BISMILLAH....

Siapa tahu ...siapa sangka.. suatu kenangan itu lebih manis dengan satu pertemuan dengan sesorang yang sanagt best. Dan ia memang tidak akan dilupakan.

Redang..such a wonderfull place... memang best giler... netry kali ni KHAS untuk anak encik Zul dari singapore.. family en.zul dah boleh jadi family bagi kami semasa trip pulau redang.. sangat mesra.. orang rumahnya.. 

" Hannan....Sangat COMEL!!!"

pada awal-awal kenal Hannan...bila atok nak bagi makan kat tupai...nak bagi makan roti.. dan Hannan sangat tertarik dengan tupai. Dia pun nak cuba bagi makan juga, tapi takot..last2..jatuh roti tu.. 

kami semasa makan tertarik dengan gelagat anak comel ni... dan kami semua cuba closing dengan Hannan....
yes!!...Hannan sudi juga berkawan dengan kami... 
















"Di sini lah bermulanya Keluarga Kami dan Hannan ".... teringin sangat nak jumpa Hannan lagi.....

jom tengok Hannan.... dalam gambar kenangan kami bersama

" KAMI SEMUA RINDU HANNAN".....