Followers

Thursday, December 6, 2012

Bila Tunang..?

Assalamualaikum...

Betapa gembiranya hati bila dapat restu seorang ibu tu kan..:)
Beberapa hari lepas, bertanyakan mak khabar..sihat ke tidak, macam mana kehidupan kat rumah.. suasananya macam mana. Maklumlah berapa bulan dah tak balik rumah ni, belajar jauh dari rumah. Itulah hakikat bila merantau, kerinduan pada ibu dan kampung halaman. Satu bahagian yang paling best

" Habis belajar nanti Usu boleh tunang dengan budak tu, abang dia pun setuju Usu jadi adik ipar dia " perghh!!!!.. untong laaaaa....aku.. alhamdulillah mak dah bagi Green Light!!

Apa keputusan dari pihak perempuan?

oh Yeaa..Yeaa!!.." Yes !!"  Mestilah setuju kan, :)..
" She ...is awesome!!"
nampak tak cincin di jari.. ? :). tapi tu cincin hadiah masa raya..tanda dulu ..kih3

Persoalannya, apakah hakikat bertunang?

Bertunang hakikatnya satu perjanjian persetujuan untuk berkahwin. Apabila kedua-dua belah pihak bersetuju maka satu tanda ikatan dimeterai bersama. Sebagai tanda ikatan pihak lelaki dan perempuan akan saling menyarungkan cincin pertunangan dan ada juga yang memberikan hadiah lain.
Pertunangan merupakan mukadimah kepada perkahwinan. Ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.
Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia. Walaubagaimanapun disana terdapat tatasusila atau batas- batas terhadap perhubungan ini ,yang di katakan sebagai adab-adab bertunangan (ianya melibatkan kedua- dua belah pihak samada lelaki atau perempuan) .

Adab dalam bergaul
Maksud pergaulan disini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing :
1 . Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh mahram (si perempuan ). Seboleh-bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan
2 . Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah :" Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan. "
3 . perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.
4 . Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.
5 . Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan
apa saja.

Jadi, pertunangan dalam Islam sepatutnya mencontohi proses di atas. Sebab itu dalam Islam tempoh pertunangan tidak digalakkan terlalu lama.
( iluvislam.com)

Tempoh pertunangan
Pada hakikatnya islam menggalakkan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan ,ianya bagi mengelakakn daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara-perkara yang tidak didugai dan ulama sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertungan, cuma rata-rata mereka lebih cenderung untuk memendekan tempoh ( iluvislam.com)

She said " Dear.kalau kita tunang pak payah lama-lama okey, 3 bulan cukup la.." then.. Tokey cakap " ok  bereh !!"



p/s: " Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain "

No comments:

Post a Comment