Followers

Monday, December 10, 2012

Hidup aku dan solusinya, bersama Maggie Ketam

Assalamualaikum... Bismillah..

Siapalah kita dalam menentukan apa yang akan berlaku pada esok hari, jangan sekadar berdoa untuk mendapatkan perkara yang baik-baik sahaja. Ianya perlu disertakan bersama usaha untuk ke arah perkara yang baik-baik. Kadang terfikir, aku sangat teruk dalam kehidupan sendiri, dalam menunaikan tuntutan yang sewajarnya.. Leka, lalai dari landasan yang sebenar. Kadang aku hanya perlukan seseorang untuk menyedarkan diri aku yang leka, memberikan sedikit kata-kata semangat dan harapan moga motivasi untuk berjaya itu bertambah-tambah, biarlah pada hakikat harapan yang diberikan itu hanya helah dan tipu!! Palsu pun tak mengapa. Aku suka !! Biarlah harapan palsu sekali pun, aku terima motivasi yang diberikan dan anggaplah apa yang diucapkannya itu seperti hal sebenar. Asalkan nampak macam motivasi pembakar semangat diri.

Bila cuba fikirkan, hakikat bagi seorang lelaki pasti ada seorang wanita yang selalu memberikan kekuatan atau semangat disebalik kejayaanya. Alhamdulillah, dalam sedang menghadapi banyak perkara sukar dalam hidup, ada seseorang yang mengambil berat tentang aku, sungguh aku tidak menghadapi seorang diri. Menilai dan analisis setiap apa yang berlaku, mengubah yang pahit menjadi manis kepada aku. Sungguh aku bersyukur padaNya. Dia yang hadir sudi menjadi teman pengganti. Maha Kuasa Allah yang Pemberi Solusi...

"Aku sayang pada dia yang menghargai aku..., Memilih dia yang memilih aku , Lebih rela mengubah hati sendiri dari cuba mengubah hati orang lain yang mustahil untuk kita ubah"..Alhamdulillah kini  ada yang menghargai aku dan dia mungkin akan jadi teman hidup. Jawapan dia " Yes!!" dia sudi. Selepas ibu, dialah tempat aku kongsi cerita, begitulah dia sebaliknya. Kami saling kongsi dan mendengar masalah serta memberikan pendapat cara selesaikannya. Selesa dan Serasi , Itulah Isi Hati Kami. Walaupun kami jauh, hati kami dekat katanya...:), mak ayah dia dah bagi lampu hijau, cukup duit masuk meminang terus. Kukuh ekonomi boleh akad nikah..hahaahaa..

Memilih dia yang lebih menghargai, lebih baik. Sayanglah pada apa yang kamu ada.


Beberapa hari yang lepas... dengan niat ingin tenangkan fikiran, berjalan malam dengan makan meggi ketam. Demo* (awak atau anda) boleh cuba sendiri..kedainya sekitar Tanjung Lumpur ,Kuantan.. Harga dia sepadan dengan rasanya.. sedap. Ketamnya pun besar, suasana kedai pun ok. WWR Maggie Ketam.cari la sign board dia ea...keh3..



Kawan-kawan dan Maggie Ketam, Siapa pernah makan..dia mesti tahu!!!.. :)

p/s: suka untuk aku kongsikan apa yang aku buat dan kegembiraan aku dengan semua orang... :)

3 comments:


  1. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    semoga bisa jadi semangat
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum.

    Alhamdulillah.. nas, mak kita pun dah bagi lampu hijau,hehehe.

    Doakan untuk lana jugak ea..moga dipermudahkan urusan..weeehaaaaaa,hehehe >_<

    ReplyDelete