Followers

Friday, December 21, 2012

I'am 21 Dicember 1990...

Assalamualaikum...Bismillah

Alhamdulillah..genap hari ni 21 disember 2012..umur dah 22 tahun. Suatu kesyukuran bagi aku, masih mampu bernafas. Yes..tahun ni memang berbeza sikit dari tahun-tahun lepas. Bukan mengenang perkara yang lepas, dan bukan bermakna tahun ni kurang baik. Cuma keadaan yang membezakannya. Bermula awal tahun bulan januari pertengahan, " Dia" hadir dalam hidup menjadi teman sehingga kini. Bagaikan anugerah dari Allah, walaupun cara pertemuan adalah "kebetulan" tapi ianya sungguh menarik untuk dikenang bersama. Dia rasa apa yang aku rasa, dan kami serasi bersama. Alhamdulillah kami rancang untuk hidup bersama selepasa tamat pengajian dan bila dah dapat kerja tetap. " she love  me more ". Lama dah tak dengar orang cakap " i love you "..hahaaa.. last day she said that to me..kakaka.. gila bunga-bunga dala hati beb!!.. Tunggu datang johor bahru, nak ajak jalan-jalan dan shopping katanya. Siap ajak makan malam kat rumah. Amboi malu sebenarnya, sememangnya pihak keluarga dah kenal tapi rasa malu dan segan masih ada dalam diri aku. Hubungan sekarang masih belum menjamin apa-apa walaupun kedua pihak keluarga dah bersetuju kerana jodoh dan takdir tu pada kuasa Allah Ta'ala kan. Berdoa semua takdir yang baik tu milik kami dan bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Itu sahaja. Inilah kisah kami selepas hampir 9 tahun tidak berjumpa. Seorang teman sama kelas masa darjah 6 sekolah rendah. Berpisah selepas masuk tingkatan 1 dan jumpa semula selepas umur 21 tahun. Siapa sangka kan? Oleh kerana dia sentiasa ada masa susah, senang, walaupun jauh jaraknya..rasa macam dekat. Hati memilih dia sebagai " teman pengganti "

Selain kawan-kawan, semestinya tidak lupa. Seorang ibu pasti tidak lupa pada anak. Terima kasih banyak-banyak. Alangkah gembira akau mak dapat baca semua ni. Kasih seorang ibu tiada ganti. Sejauh mana pun kita pergi biarlah dalam lingkungan doa seorang ibu kerana doa ibu adalah keberkatan bagi kehidupan seorang anak. Tiada ibu, maka hilanglah satu keberkatan dalam hidup kita ni.

Semalam lepas jam 12 malam, orang mula wish " happy birthday". Kepada mereka dan kawan-kawan yang ucap selamat hari lahir... terima kasih banyak-banyak. Seminggu ni keadaan badan macam tak betul, malam berjaga sampai subuh. Siangnya pula bersengkang biji mata tahan mengantuk hadap kuliah minggu-minggu akhir ni. Dengan perbentangan proposal kajian tahun akhir, ujian , asignment. Sungguh ini semua mencabar kewarasan beb. Terima kasih pada rumate, walaupun kadang-kadang gila sikit..hahaa. dia la duk teman berjaga malam. Study ke tak itu lain cerita, janji teman berjaga malam sampai subuh. 

SEDIKIT INFO MENGENAI SIFAT MEREKA YANG LAHIR MENGIKUT HARI DAN BULAN KELAHIRAN

mengikut kajian sahaja. tidak semua betul ohkeyyy!!!.. jangan percaya sepenuhnya..:)
 21 HARIBULAN

Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.


DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik

    info dari :
  1.  http://rahsia-tarikh-lahir.blogspot.com/2008/01/rahsia-tarikh-lahir-mengikut-haribulan.html
  2.  http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/rahsia-bulan-kelahiran/


p/s: 

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.



No comments:

Post a Comment