Followers

Wednesday, October 27, 2010

KERANA DIRI SENDIRI

Assalamualaikum..... hai lama benar dah tinggal blog ni.. itulah, sibuk sangat,.. chehhhhh
sibuk ke.. haha.. tak ada idea nak bercerita dalam blog ni.. bila lama, pendam..sikit-sikit.. baru ada..



Dalam dua , tiga hari ni.. banyak aku hadapi masalah.. kewangan peribadi... masalah keluarga.. masalah akademik..

masalah kewangan peribadi:
        biasalah dekat hujung-hujung semester dah ni, duit pun dah nak habis.. kena pulak exam final ada tersesat 1 paper lepas raya haji nanti.. kenelah ulang alik ke U( unierviti).. banyak nak kene pakai duit. Lagi satu punya hal.. pasal pegawai syarikat Komunikasi negara..heee.. aku dah suruh dia terminate aku nyer... line internet wireless, siap isi borang lagi..salinan i/c apa semua.. tiba-tiba timbul isu, sampai surat bil tertunggak pulak..  rupa-rupanya pegawai syarikat tu tak terminate pun. jadilah tertunggak ,dah la banyak RM 219.35 pulak..  duit dah la tak ada.. abang pulak telefon suruh cepat-cepat selesaikan masalah ni. Sebab bil atas nama dia.. hemmm terpaksalah bayar.. sakit hati.. kalau jumpa dengan pegawai tu lagi.. nak je hempuk kepala dia kat jalan TAR..( jalan raya)... hati-hati la kalau nak berurusan dengan orang. Risau di tipu. Mujur la mak masih ada, terima kasih..mak. bantu kewangan sikit-sikit, bagi sokongan moral.. mak cakap biasa la perkara ni pengalaman hidup.

masalah keluarga: 

           Masalah keluarga, hem... yang ni mak bercerita.. dia cakap abang sidi dah nak di hantar ke sekolah vokasional orang-orang istimewa. tapi abang sidi tidak cacat, sempurna.. hensem lagi, fizikal pun bagus,, badan tegap.. cumanya tak boleh nak baca, tak boleh nak mengira dek demam panas masa masih kecil . Yang jadi masalah bila abang dah pergi bejalar sana, mak tinggal sesorang. sekarang mak tinggal berdua dengan abang sidi, manakala adik-beradik lain semua berkerja, tinggal dengan suami masing-masing, belajar(aku sorang). Bila abang dah pergi, mak semesti nya tinggal sendirian.. sangat risau..faham-faham je lah bila tiada teman, nak tengok sakit demam.  mak mungkin tak biasa pada awal-awal, sebab dari kecik tak pernah berpisah dengan abang sidi, begitu juga dengan abang sidi. untuk biasakan keadaan ni mungkin memakan masa. lagipun mak dah kurang sihat. selalu dah sakit-sakit sekarang ni. bila abang pergi belajar, risau mak jatuh sakit dek teringat-ingat kan anak nya. Kalaulah boleh jaga mak dari sekarang.......yang ada mak ayah.. hargai lah mereka  pesanan untuk diri sendiri juga..:)


masalah akademik:
 

hai...yang ni masalah ni... nak salahkan orang pun memang tak boleh, siapa suruh kau leka, baliklah ke pangkal jalan, perbetulkan niat.. yang sampingan tu perlu ada tapi, perlahankan. dah dekat final exam ni kan.. macam-macam tugasan kena buat, test 2.. lagi-lagi nak kena capai carrier mark yang tinggi.  nak score lah katakan. dengan perbentangan lagi.. yang ni macam-macam kene bentang.. Islamic institution, Academic writting, Eng Basic Lab.. pening-pening.. ini baru tahun 2 belajar.. macam mana lah agaknya senior-senior yang buat PSM ( projek sarjana muda),,,mesti nak pecah-pecah kepala nak keluarkan idea, nak buat tesisnya lagi... itulah adat bila belajar di universiti ni.. orang dok bercerita campus life,, macam ni lah rupanya.. dulu-dulu dengar je, tahu sebut je. tapi sekarang dah rasa sendiri. kat U ni kenalah pandai jaga dan urus sendiri. Urus diri sendiri ( berdikari), urus kewangan peribadi moga tak ada masalah kewangan semasa belajar, urus perjalanan akademik moga lancar semuanya....  kekalkan fokus belajar, perbetulkan niat, doalah selalu...amalkan gaya hidup sosial yang sihat.