Followers

Wednesday, November 24, 2010

Tentang Darah Yang Mengalir

Salam..apa  khabar semua? 

Mengenai entri kali ini..peristiwa dan pengalaman raya haji korban baru-baru ni, 17/11/10. Sangat berbangga dapat bantu orang-orang kampung sama-sama potong daging lembu yang disembelih/dikorban. Banyak tengok darah yang tumpah mengalir ke tanah tanda pengorbanan umat islam kepada Penciptanya.
Tapi lain cerita pula dengan aku, aku sendiri pun mengalirkan darah di kaki. Akibat dari sikap cuai menggunakan peralatan sampai betis sendiri terkena parang, koyak kulit nampat putih tulang. Luka sempit tapi agak dalam. Alhamdulillah kat betis( tulang kering)  tidak banyak salur darah, menyebabkan pendarahan kaki aku tak banyak. Tapi darah tu sempat juga mengalir hingga ke tumit..
Alkisah nak potong kayu api untuk nak buat bara api, bara api ni nak guna semasa nak bakar satay nanti sebelah malamnya. Potong kayu bila nak magrib, malapetaka menimpa parang makan kaki tuan. Kayu api patah parang terlajak makan kaki sampai berdarah.







Bercerita tentang darah ni, manusia atau vertebrate mempunyai jenis-jenis darah yang tertentu.
Jenis –jenis darah( A, B, AB, O)
            Jenis-jenis darah atau kumpulan darah ialah pengelasan darah berasaskan kehadiran atau ketiadaan bahan-bahan antigen pada permukaan sel darah merah.
Manusia juga mempunyai jenis-jenis sel darah iaitu sel darah merah, sel darah putih dan juga platelet darah. Dalam setiap darah, ianya mesti mempuyai tiga komponen sel yang tersebut untuk melengkapi setiap komponen sel darah dalam badan. Setiap tiga komponen sel darah ini mempunyai fungsi yang tertentu dan sangat khusus.

Darah merah ( eritrosit atau hematid )
-Sel darah paling umum dalam vertebrat. Fungsinya membawa oksigen dari paru-paru atau insang untuk dihantar ke seluruh badan






Darah putih ( leukosit )
-sel darah putih, leukosit adalah sel darah yang membentuk komponen darah. Sel darah putih ini berfungsi untuk membantu melawan pelbagai penyakit infeksi/ berjangkit sebagai sebahagian daripada sistem kekebalan tubuh. 

Platelet ( trombosit )
-keping darah, plat darah , trombosit atau platelet adalah sel anuklear kecil yang teredar dalam darah yang terlibat dalam mekanisma hemostatis tahap sel yang menyebabkan pembekuan darah( thrombus).
Hah.. ni nak cerita pasal platelet darah ni. Dalam aku punya keadaan, darah aku mengalir dengan perlahan, lepas tu dia terus beku. Maknanya platelet darah aku masih tinggi dan normal.









Nak cerita kesan-kesan kalau kita kekurangan platelet darah:
-jika platelet tidak berfungsi atau platelet darah yang sedikit boleh menyebabkan pendarahan yang berterusan, manakala jika jumlah yang tinggi dan melebihi tahap normal boleh meninggkatkan risiko thrombosis


Penyakit kekurangan platelet darah.
   





Penyakit ni di kenali sebagai TPI (Trombositopenik Purpura Idiopatik )
Trombositopenik Purpura Idiopatik (Idiopathic Thrombocytopenic Purpura - ITP) adalah sejenis penyakit darah yang jarang ditemui tetapi ia sangat serius kerana boleh menyebabkan pendarahan berpanjangan yang membawa kepada kematian.

Pesakit ITP akan mengalami bengkak dan pendarahan berlebihan. Dalam beberapa kes, pesakit mengalami pendarahan serius seperti di otak yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.


Rawatan bagi penyakit ni agak susah sebab ianya jarang berlaku, oleh itu tiada cara perubatan yang khusus untuk memastikan penyakit ini boleh sembuh dengan yakinnya. Tetapi beberapa kaedah atau rawatan telah di lakukan sekarang  oleh penyelidik perubatan untuk menghadapi penyakit ni. 

1.      Ubat

Ubat seperti steroid dan immunoglobulin adalah ubat pertama yang akan diberikan kepada pesakit. Ia boleh membantu menambah jumlah platelet dalam darah dengan mengubah aktiviti sistem imun.

Bagaimanapun ubat ini mempunyai banyak kesan sampingan dan masalah boleh berulang. Pengambilan ubat steroid yang berpanjangan boleh menimbulkan banyak kesan sampingan seperti pertambahan berat badan, ciri sindromcushing (leher berlapis), kencing manis, tekanan darah tinggiosteoporosis, emosi tidak stabil dan cepat berubah, katarakglaukoma, risiko jangkitan meningkat dan haid yang tidak menentu.

2.      Pembedahan pembuangan limpa (splenektomi)

Kebanyakan pembedahan dilakukan pada pesakit dewasa jika pengambilan ubat steroid tidak menampakkan sebarang kesan. Pembuangan limpa akan menghentikan kemusnahan platelet di dalam limpa tetapi pada masa sama, pesakit terdedah kepada risiko jangkitan sepanjang hayat mereka. Bagaimanapun risiko jangkitan ini boleh dikurangkan dengan mendapatkanvaksinasi sebelum pembedahan.

  info: wikipedia, www.sihatselalu.com.my
  gambar: google images, wikipedia, www.sihatselalu.com.my

Saturday, November 6, 2010

terIstimewa

Istimewa / Indigo

Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindahmu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita kau istimewa

Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku menyinta
Kau istimewa, teristimewa

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Tiada mimpi atau fantasi
Tiada rasa lebih berseri
Semekar murni hatimu sayang
Siang dan malam, aku terbayang
Kau istimewa, buat ku tenang

Istimewa siang malam ku terbayang..

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Kita berbulan madu di situ

Ingin ku bawa kau ke awana
Ingin memadu kasih asmara
Sepanjang hayatku curahkan cinta
Sebenar-benar ucapan kata
Kau istimewa oh! percayalah
Ku perlu cinta dari wanita nan istimewa
Beriku cintamu nan istimewa

Thursday, November 4, 2010

kembalikan jika ia milikku

                
Duhai Pemilik Segala Dunia,.. jika dia benar-benar tercatit untuk ku, kembalikanlah semula dia kepada aku, aku mohon dengan segala rahmatmu, dengan segala lemah dayaku... Kau catatkan lah di hatinya namaku, Kau satukanlah hati kami... Kau sempurnakanlah segala sudut kelemahan, Kau penuhilah segala kekurangan... 
KEMBALIKAN SEMULA KASIHKU 
Ya Allah, aku mohon segala takdir yang baik adalah untukku