Assalamualaikum...
Siapa sangka cempedak jadi nangka...itu tentang rezki kita. Setiap orang telah ditetapkan rezkinya, begitu juga dengan jodoh. Namum usaha dan tawaka kita mesti disertakan. Mulakan dengan usaha kemudian susulan dengan tawakal.
Setiap orang mahukan jodoh yang terbaik untuknya, untuk menjamin kebahagian rumah tangga masing-masing. " orang yang baik, untuk orang yang baik " begitulah sebaiknya. Banyak perkara yang perlu untuk kita teliti siapa jodoh kita dan bagaimana kita memilih jodoh menurut islam
MEMILIH PEREMPUAN
Di antara garis panduan memilih calon isteri yang
dianjurkan oleh Islam ialah supaya pemilihan yang dibuat benar-benar dapat
menjamin kerukunan rumahtangga dan dapat menjadi aman damai serta diberkati
Allah sepanjang masa.
Aspek
yang utama ditinjau dari hadis Rasulullah SAW ialah dengan sabdanya, maksudnya
:
Dikahwini perempuan (dijadikan isteri) itu kerana empat perkara, kerana
hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya.
Maka utamakanlah perempuan yang mempunyai agama dan beruntunglah hidup kamu…”
Di
antara yang disunatkan dan digalakkan memilih perempuan untuk dipinang ialah :
a. Zuriat yang banyak
Memilih perempuan yang boleh mendatangkan zuriat yang banyak memanglah
digalakkan oleh Islam. Di sini boleh diperhatikan dari sudut keluarganya
(keturunannya) di samping kesuburan tubuh badan di mana tidak
menghalang ianya hamil. Selain itu, umur juga boleh diambil kira
bagi mengekalkan zuriat yang banyak.
b. Anak gadis / bujang
Pemilihan anak gadis amat dititik beratkan
kerana di mana usia gadis, kurang bebanan peribadi. Segalanya-galanya
serba baru, dapat mengeratkan kasih sayang tanpa gangguan. Tenaga yang
masih muda dapat memberi sepenuh masa untuk suami. Walau bagaimanapun,
memilih seorang janda juga digalakkan sekiranya di sana ada tujuan yang baik
untuk memilihnya.
c. Sedikit mas kahwin
Perempuan yang menjadi pilihan adalah sedikit
belanja mas kahwinnya di mana mudah bagi pihak lelaki menjelaskannya dan sesuai
dengan tuntutan Islam. Sekiranya terlalu besar mas kahwin itu, bukan
sahaja menjadi keberatan bagi lelaki malah boleh memberi kesan yang negatif di
masa akan datang.
d. Bukan hubungan keluarga
Pemilihan ini bagi meluaskan skop keturunan
di mana keluarga akan bertambah ramai lagi dan mental sesebuah keluarga itu
boleh mempengaruhi hidup. Lebih-lebih lagi perhubungan sebuah keluarga
dengan keluarga dalam menemukan jodoh.
e. Baligh
Memilih perempuan biarlah ianya sudah cukup umur (baligh) di mana dapat
memahami ertu perkahwinan, berfikir secara orang dewasa, kurang memberi tunjuk
ajar, tidak mudah merajuk dan juga boleh hamil.
f. Akal
yang sempurna
Memilih akal yang sempurna ialah berfikir secara seorang muslim
yang soleh, gemar membaca Al-Quran serta memahaminya, mengetahui hala dan
haram, banyak bersabar, bertindak dengan adil dan juga menghormati hak dirinya
dan hak orang lain.
g. Sesuai (kufu)
Persesuaian adalah diperlukan untuk
memilih pasangan hidup lebih-lebih lagi dalam dunia moden ini di mana wanita
mempunyai kedudukan yang agak sama dengan kaum lelaki malah terdapat
lebih dari lelaki. Hal ini kadangkala menjadi isu besar di kalangan ibu
dan bapa hari ini, kononya anak perempuannya tidak sesuai
berkahwin. Tetapi dalam masa yang sama juga mereka telah
keluar dan bebas bergaul tanpa dilarang oleh ibubapanya.