Followers

Wednesday, September 22, 2010

~~~bila lelaki jadi penyibuk di dapur~~~

salam semua pembaca sekalian...
eh...bagi salam macam la ramai yang jadi follower aku  ni....hahaha

ni nak cerita pasal saya la...sehari sebelum hari raya... kisah jadi penyibuk kat dapur.... emak nak buat ketupat pulut , sibuk nak buat jugak.... nak kukus pulut, anyam ketupat la...semua nak juga cuba buat.... 


 ni mak saya tengah anyam ketupat pulut 3 segi......

kalau dekat Kelantan, ketupat pulut 3 segi ni memang....kebiasaan di hari raya... boleh dikatakan wajib.. setiap tahun dari saya kecik.,, mak saya mesti buat ketupat pulut 3 segi ni.. di buat dari pulut kukus,,, ada gula dan paling penting santan kelapa...  ketupat pulut ni bukan anyam biasa guna daun kelapa... di anyam atau bungkus dengan daun palas... ketupat ni juga di kenali ketupat daun palas...

ketupat pulut 3 segi/ ketupat daun palas ni macam-macam boleh buat perisa.. ada letak kacang merah, kacang tanah,... dan paling kebiasaan orang letak perisa adalah sambal daging... * kalau dekat kelantan la..
haaa.. sambal daging ni kalau kat Malaysia umum namanya serunding daging lah ya..ngeh3...

 yang ni cubaan yang ke-belas2 la rasanya baru jadi lawa sikit




hek hemm...ni hasil kerja tangan saya sendiri yang penyibuk nak cuba.. habis...lunyai daun ketupat / daun palas tu sebelum sampai tahap ni hasil... berpusing2 tangan nak cuba... buat... banyak kali cuba buat.... ni la hasil ketupat..saya sendiri... 


                                                                           
antara hasil bungkus yang bersepah-sepah....*saya yang sepahkan...muahahahahaha

  ketupat yang siap di bungkus dengan daun palas semua ni sekali lagi di masak dalam periuk besar....








     antara yang di susun khas untuk ambil gambar..hahaha....
     ok lah setakat ni je lah post update ni.......lain masa update lagi.........
     assalamualaikummmmmm.....

2 comments: