Followers

Tuesday, September 28, 2010

MENDEKATI MASYARAKAT LUAR DENGAN PROGRAM UNIVERSITI

salam semua...kepada sesiapa yang melawat blog saya....... 


    Untuk pengisian kali adalah tentang bila saya mendekati masyarakat luar...semasa majlis pelacaran Pra-Expoconvo10 UMP di Kuantan Parade iaitu sempena Konvokesyen yang ke-5... expoconvo10 kali ni bertemakan " Inspiration Through Intelectual Journey". Majlis konvokesyen UMP kali ke-5 ini akan diadakann di UMP Kampus Gambang... tarikhnya pula pada 9 0ctober 2010.. tetapi expoconvo10 ni bermula dari 6 Oktober 2010 sehingga 10 Oktober 2010... bermula hari rabu sehingga ahad.. macam-macam jenis acara sukan , permainan dan pertunjukan diadakan...tapi yang paling best Konsert anjuran K-saintis UMP sempena 1 STAGE 1MALAYSIA.. Konsert ni adalah konsert amal bagi memberi sumbangan dan  membantu mangsa banjir Pakistan dan Tabung Amal UMP, konsert 10 oktober 2010 , 8.30 pm-11.30 pm , di Dewan Komplek Sukan UMP ( artis yang hadir Black Mentor 4, Sixth Sense dan In-Team)
     




  gambar: semasa rehat kat kaunter pra-pelancaran Expoconvo10 di kuantan perade, jadi promoter

    Tahun lepas saya datang ke expoconvo ni sebagai pengunjung sahaja, tapi tahun 2010 ni saya sebagai AJK Logistik Expoconvo10.. mencuba dan mencari pengalaman menguruskan perjalanan program.. terlibat dengan pergurusan tertinggi universiti... ianya sesuatu pengalaman yang sangat berharga. Dapat ilmu pengurusan dan sebagainya.. 

bermacam-macam acara yang diadakan semasa pelancaran Pra-Expoconvo tu.. antaranya Demo silat, mewarna kanak-kanak, Kid fasyion show, teka silang kata, karoake dan bawa bola pingpong dalam sudu..

 
antara gambar MC kita semasa program ...





tempat demo silat sini la.. meriah jugak tengok demo silat.... yang nampak putih tu kertas mewarna kanak-kanak yang di susun selepas demo silat.   



antara penonton yamg hadir semasa majlis pelancaran dari kecik sehingga atuk pun ada datang tengok.. yang meriah semasa fasyion show la.. kelakar tengok kanak-kanak possing bergambar, ibu bapa pun turut serta bagi sokongan kepada anak masing-masing  



peserta sedang sibuk merwarna kertas masing-masing... sangat meriah masa tu... 


juara pertandingan mewarna kanak-kanak... mana tidaknya di nampak bijak tau.. chinese boy. mama dia siap bawa 3 balang pensel warna. kreatif pula budak ni.. agaknya dah biasa masuk pertandingan mewarna ni


banyak sebenarnya gambar yang saya nak ambil, tapi tu la.. kamera hanpone kecik je.. dah la bateri nak habis.. kacau je.. nak kena beli satu kamera digital nieh... yang ok la.. tp tidak la mahal sangat sampai ribu ringgit.. hanya untuk ambil gambar semasa program yang saya sertai.. baru lah ada banyak gambar dapat tunjuk, baru la seronok nak cerita kat sini..

Wednesday, September 22, 2010

~~~bila lelaki jadi penyibuk di dapur~~~

salam semua pembaca sekalian...
eh...bagi salam macam la ramai yang jadi follower aku  ni....hahaha

ni nak cerita pasal saya la...sehari sebelum hari raya... kisah jadi penyibuk kat dapur.... emak nak buat ketupat pulut , sibuk nak buat jugak.... nak kukus pulut, anyam ketupat la...semua nak juga cuba buat.... 


 ni mak saya tengah anyam ketupat pulut 3 segi......

kalau dekat Kelantan, ketupat pulut 3 segi ni memang....kebiasaan di hari raya... boleh dikatakan wajib.. setiap tahun dari saya kecik.,, mak saya mesti buat ketupat pulut 3 segi ni.. di buat dari pulut kukus,,, ada gula dan paling penting santan kelapa...  ketupat pulut ni bukan anyam biasa guna daun kelapa... di anyam atau bungkus dengan daun palas... ketupat ni juga di kenali ketupat daun palas...

ketupat pulut 3 segi/ ketupat daun palas ni macam-macam boleh buat perisa.. ada letak kacang merah, kacang tanah,... dan paling kebiasaan orang letak perisa adalah sambal daging... * kalau dekat kelantan la..
haaa.. sambal daging ni kalau kat Malaysia umum namanya serunding daging lah ya..ngeh3...

 yang ni cubaan yang ke-belas2 la rasanya baru jadi lawa sikit




hek hemm...ni hasil kerja tangan saya sendiri yang penyibuk nak cuba.. habis...lunyai daun ketupat / daun palas tu sebelum sampai tahap ni hasil... berpusing2 tangan nak cuba... buat... banyak kali cuba buat.... ni la hasil ketupat..saya sendiri... 


                                                                           
antara hasil bungkus yang bersepah-sepah....*saya yang sepahkan...muahahahahaha

  ketupat yang siap di bungkus dengan daun palas semua ni sekali lagi di masak dalam periuk besar....








     antara yang di susun khas untuk ambil gambar..hahaha....
     ok lah setakat ni je lah post update ni.......lain masa update lagi.........
     assalamualaikummmmmm.....

Sunday, September 19, 2010

wanita perlu memahami hati lelaki

RAHSIA MENAMBAT HATI LELAKI

 

Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?

Terima lelaki agar dia menerima anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ” Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

Fahamilah lelaki agar dia memahami anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

Berubah untuk menikmati perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

Sanggup memberi untuk menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

Percaya untuk dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Menangkan lelaki untuk menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.

Sifat negatif akan membuah kesan negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.

Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab
Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.

Kritikan akan membuahkan kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.

Beri kepada lelaki apa yang dia mahu
Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

Tunjuk minat tulin terhadap lelaki
Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.

Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.

Panggillah lelaki dengan panggilan manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

Hormati dia sebagai lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.

Lelaki Ubati Hati Sendiri Kerana Sayang
Bila hati terluka dengan sikap kekasih atau isterinya, seorang lelaki akan lebih suka berdiam diri dan sabar. ini kerana jika terus bertekak, di risaukan bertambah buruk. Sanggup merima , menahan panahan serta  tuduhan dari mulut wanita. Kerana cinta dan sayang, lelaki akan ubati hati sendiri yang terluka akibat bisa kata-kata wanita.

Dunia Lelaki Yang  Berbeza Dari Wanita
Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.
Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.
Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

Lelaki juga mahukan sokongan bukan kongkongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…” lelaki paling sensitif jika dikongkong dan tekanan jika sedang bercinta. Paling tidak suka setiap gerak laku di kawal, lelaki akan berasa rimas dan sesetengah pekerjaan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna akibat terlalu di kawal.

 
Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kereta dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.
Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi  
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.
Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Janinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki.
Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi seks boleh dilakukan juga oleh lelaki.
Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.



Lelaki diumpan menerusi matanya
Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya. Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa

Lelaki tidak meminati wanita?
Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.
Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:
1.Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan
2.Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
3.Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.
4.Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.
5.Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.
6.Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.
7.Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.
8.Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.
9.Bersikap penggoda keran awanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.
Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.


Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki
Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.
1.Personaliti seorang wanita itu penting bagi lelaki. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut.
2.Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan.
3.Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita.
4.Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka.
5.Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya.
Walaubagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita. 


rujukan dan sumber = http://wanitabahagia.wordpress.com/rahsia_wanita/rahsia-menambat-hati-lelaki/

Saturday, September 18, 2010

Keluarga....Part 1

 CHE ESHAH BINTI NAZEER, 53,

Ni mak saya.. seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan saya..heee... setelah arwah ayah meninggal tahun 2003 Januari 20... tinggal kat kampung bersama abang ..anak emak ke-5* SIDI ABDUL LATIF BIN ABDULLAH


SIDI ABDUL LATIF BIN ABDULLAH, 22, ANAK KE-5
Sidi ni kuat keje...ngeh3..ye ke?? kaki ponteng menoreh je....hahahaha..Sidi tinggal dengan mak dari dia kecik sampai di besar macam sekarang... kecil-kecil dulu suka gaduh ngan saya.. berebut itu ini. Macam-macam benda..., macam-macam hal dia buat.  Apa-apa pun saya sangat menghargai sebab dia la yang jaga mak saya...bila adik-beradik lain semua berjauhan.. Ada yang dah bekerja, berkeluarga sendiri.. belajar* saya sorang je... 

ok la setakat ni dulu kisah keluarga saya..part 1.. nanti ada gambar lain-lain , kita sambung kisah keluarga dalam Keluarga Part 2

kali pertama....

pertama kali buat.... tengok orang buat , cuba nak buat jugak... tidak rugi rasanya ada blog sendiri..
bila perlu nanti... tak susah nak kena buat... yang pertama kali ni masih tak ada idea lagi... lain kali lah pula sambung cerita kat blog baru .ni