Followers

Saturday, April 13, 2013

REKOD TANPA KALAH THE RED WARRIORS LEBUR DI LAMAN SENDIRI PADA 13 APRIL 2013

ASSALAMUALAIKUM...

Suatu tarikh keramat di mana angka 13-4-13 telah meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan FA di halaman sendiri selama 2 tahun. Kekalahan 1-3 kepada ATM sangat memilukan bagi seluruh rakyat kelantan..


adui..setengah ada yang merasakan peritnya kekalahan ini lebih perit dari putus cinta. makan tak lalu, tidur pun tak lena mungkin pada peminat tegar Kelantan FA atau TRW...

Rekod itu telah dileburkan oleh bekas Jurulatih TRW sendiri iaitu B.Sathianathan.. perwalawanan yang sungguh menarik dan sengit. Rezki bukan pada TRW kerana banyak juga peluang tapi gagal disudahkan dengan sempurna. Itu sangat perit sehingga seluruh rakyat Kelantan merasakannya. Ada yang sehingga menangis dengan kekalahan TRW pada malam ini.. 

Apapun yang berlaku, fokus pada perlawanan seterusnya.. Gomo Kelate Gomo...


p/s : ambe kecewa....huk3.. sedey weh male ni.. tidor dalam hati pilu.. sungguh pum pilu..

1 comment:

  1. biasa la tu abe.. sabo sabo.. :) MU pun ada kalah apa.. hahahha..

    ReplyDelete