Followers

Saturday, April 13, 2013

Kenapa Kita Sangat Sukar Dapat Jodoh


Assalamualaikum...

cari jodoh sampai ke Paris...tak jadi jugak
cuba arah ke Bangkok pun tak jadi jugak..
kena usaha lagi.. mungkin Bandung kot lepas ni...hehehe
Sahabat sekalian, sebab apa kita semua susah sangat nak dapat jodoh..ni.. ?
jom sama-sama kita check diri kita...
  • BELUM SAMPAI JODOH - Memang la jodoh tu tak sampai, dah kau tu memilih sangat, nak yang macam tu la, macam ni la.. sedar la diri sikit, ukur baju badan sendiri.. kalau tak jumpa Paris dan Bangkok..mungkin kat Bandung ada.. ekekeke  " Jodoh di tangan Tuhan, manusia wajib berikhtiar dan memilihnya bersesuaian dengan ketentuan Illahi ".
  • HATI TIDAK FOKUS -Fokus adalah doa. Jodoh tidak akan sampai jika kita asyik fokus pada benda lain. Contohnya, seseorang yang terlalu memikirkan kerjaya, lalu siang dan malamnya hanya difokuskan untuk mengejar kedudukan setinggi mungkin dalam kerjaya sehingga mengabaikan orang sekitar yang berpotensi untuk dijadikan bakal pasangan. Ataupun tidak fokus pada yang seorang sahaja. Mahu c A tapi dalam masa yang sama juga mahu c B. Bukankah kita akan berasa bingung dan susah untuk membuat keputusan? akhirnya kita tidak dapatpun antara satu. Fokuskanlah hati untuk mencari jodoh yang sebenar dengan bersungguh-sungguh
  • BELUM BERSEDIA UNTUK BERUMAH TANGGA - Perasaan sama ada sudah bersedia atau belum untuk berumah tangga lahir dari dalam hati kita sendiri. Selagi hatinya mengatakan dia belum bersedia, selagi itulah seseorang itu sukar mendapat jodoh.
  • TERLALU MEMILIH - Antara kalian siapa tak memasukkan kriteria berikut dalam mencari jodoh? ; Keturunan, Kekayaan, Warna Kulit, Skala Kecantikan, Tahap Pendidikan, Status dalam Masyarakat. ianya perlu, tapi biarlah padan dengan kita. muka macam mamak, ada hati nak awek macam emma maembong..kakaka.. kalau dapat tu anugerah, jangan tolak pulak yer....kekekeke
  • HATI MASIH KOTOR -  Hati yang kotor kat sini maksudnya hati yang penuh kebencian dan dendam. Pemarah, suka naik angin tak tentu pasal... orang yang macam ni susah nak dapat jodoh. cintai diri kita, hapuskan kebencian dalam diri...insyaAllah senang dapat jodoh..bahkan orang akan mula tertarik dengan kita. Ubatilah hati dengan tanamkan sifat kasih sayang kepada orang lain. Pandanglah semua orang dengan kaca mata kasih sayang dan suburkanlah sifat berburuk sangka kepada orang lain di hati kita.
    Firman Allah yang bermaksud: "Hai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar. Nescaya  Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampunimu dosa-dosamu. Dan sesiapa yang mentaati Allah danRasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah al-Ahzab 33: 70-71)
  • FOBIA DAN SERIK BERCINTA - First love memang pahit.. tapi bagi aku bukan pertama je, kedua,ketiga.. haaaa ramai tak? macam jahat giler je rasa kan.....anggaplah setiap pengalaman pahit yang kita alami sebagai salah satu cara Allah mendidik kita supaya lebih gigih dan berjaya =)
  • HIDUP TIDAK SEIMBANG - Tidak seimbang dari segi fizikal dan mental. Contoh 1 ;Duit topup pun mintak mak belikan dah ada hati berangan nak kawen!!! Contoh 2 ; Perangai kerja nak mengamuk je da sibuk suruh mak masuk minang!!
  • BANYAK MEMINTA, KURANG MEMBERI - Asyik mintak awek dia paham dia je, dia tak nak pula memahami awek dia.... lagi 1, asyik minta awek belanja je..macam nak kikis duit je kan..susah la macam ni. orang macam ni memang susah la..nak dapat jodoh..dah habis kikis..tinggal.. tak guna betol
  • TIDAK ISTIQOMAH DALAM MENJALINKAN HUBUNGAN - Mereka yang suka bertukar-tukar pasangan payah gak nak dapat jodoh.. Bila dia berkenan dengan seseorang, dia pergi ngorat.. last-last bila orang tu dah terpikat, dia tinggalkan.. ni dah macam kes aniaya orang. Kalau orang yang kecewa tu tak maafkan dia, boleh jadi hidup orang yang menganiaya tu tak berkat...dalam perkara ni aku simpulkan; dua-dua orang yang kena tinggalkan dan orang yang meninggalkan amat kesian........
  • TIDAK SABAR DAN GELOJOH - Dikalangan remaja ramai yang tidak sabar untuk menyentuh pasangan mereka selepas berkahwin. Haaiisshh!!! belum kawen mana boleh sentuh-sentuh.. sebab tu la hubungan tu tak berkat. sebab tu la ramai orang bercerai..
  • TIDAK MENDAPAT RESTU IBU BAPA - Ni perkara asas dalam memilih jodoh.. Kalau parents u tak setuju tapi u kawen gak.. bukan parent je tak redha malah Allah pun tak redha.. agak-agak dalam jangka panjang apa akan jadi??
  • TIDAK NAMPAK KEPERLUAN HIDUP BERUMAH TANGGA - Aku pun pelik dengan orang yang tak nak kawen ni.. tak pikir ke dia kalau dia dah tua nanti siapa yang nak jaga dia kalau bukan anak-anak, kalau mati nanti siapa nak doakan kalau bukan anak-anak.. lagi pun bukankah perkahwinan itu dapat menyempurnakan separuh dari agamanya???

And the hardest part
Was letting go, not taking part
You really broke my heart


 AYAT ATAS INI SESUAI SEBAB DAH BANYAK KALI KECEWA NI..


sumber : 
1. http://luahanfikiran.blogspot.com/2010/12/kenapa-sukar-mencari-jodoh.html,
2. http://khalifahunity.blogspot.com/2011/04/mengapa-sukar-mendapat-jodoh-part-1.html

3 comments:

  1. Menarik tajuk ni. Kadangkala masaalah tersebut ada kaitannya dengan permainan syaitan / jin seperti badi, pendamping, pembenci, sihir pelalau dsb. Apa yg penting jgn jemu berusaha dalam kehidupan. Saya seringkali membawa rakan dan saudara ke kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor bertemu Ustaz Adi Wijaya yg bertugas di sekolah agama Daerah Pontian. Setahu saya perubatan cara Islamiah yg diberi olehnya selaras dengan syara’. Tujuan saya tidak lain tidak bukan utk membantu sesama kita agar tidak tertipu dengan bomoh palsu yang berlegar dalam masyarakat. Ada juga rakan yg sempat merakam foto perubatan beliau dalam sesawang: http://my.opera.com/saharaaban/albums/ atau http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102

    ReplyDelete