Assalamualaikum...Bismillah
Berbeza sifat lelaki dan perempuan apabila mereka cemburu...dan kita perlu tahu
Berbeza sifat lelaki dan perempuan apabila mereka cemburu...dan kita perlu tahu
Lelaki kena pandai ambil hati dan pujuk pasangan.. " kena tahu cara yang sesuai dengan keadaan "
Sayanglah mereka dengan lima cara
1. Sentuh
Memeluk dan menyentuh anak-anak atau pasangan "suami isteri" ..hubungan akan
lebih akrab dan anak-anak akan mempunyai iQ yang lebih tinggi. Usap kepala
anak-anak setiap hari.
2. Sabar dan istikamah
Kadang-kadang kerenah anak-anak dan pasangan kita berbagai-bagai. Elakkan
dari kita mengeluarkan kata-kata yang tidak elok. Sabar itu Hikmah
3. Ungkapan
Zahirkan kasih sayang dengan ungkapan.. " umi sayang anak umi" ,
" abang sayangkan isteri abang" kalau kita mampu buat hari-hari, walau sibuk
mana sekalipun,..walau jauh jarak pasti akan dekat dihati selalu
4. Saling menghargai
Hargailah barang permainan atau alat kesayangan mereka. Dalam masa yang
sama juga, mereka akan menghargai barang kesayangan kita.
5. Menatap wajah pasangan atau anak
Lihat dan pandanglah wajah anak apabila mereka sedang bercakap. Renunglah
mata dan wajah anak atau pasangan dengan penuh kasih sayang ketika berbual,
akan memberi kesan emosi positif yang mendalam.Seterusnya, perhatian mereka
terhadap percakapan dan arahan kita juga akan meningkat apabila kita
memfokuskan pandangan hanya pada mereka.
Berilah anak atau pasangan anda pujian sekiranya mereka memperolehi kejayaan
walaupun kecil. Pujian merupakan penghargaan. Penghargaan yang diberi
melambangkan sebahagian kasih sayang. Buktinya, orang yang tidak menyayangi
kita, tidak akan memuji kita walaupun sekali.
p/s: Hargailah Kasih Sayang Orang Tersayang
hargailah orang yang selalu ada bersamamu...berikanlah sedikit komitmen kamu
padanya tanda dianya ada dalam hidup kamu
No comments:
Post a Comment