Kelam malam ni merapu sikit, lewat jam hampir 4.00am masih bersengkang mata. Membaca sikit sekali, menguloo je banyak aku ni.. haishh exam makin dekat, makin liat nak paham. Paling lama study pun 2 jam je, lepas tu dah tak boleh fokus. Kena dengar lagu, kunyah-kunyah kacang, minum dulu ke baru boleh sambung ulangkaji. Mak bagitahu, kakak nak ada majlis nikah insyaAllah kalau jadi cuti masa bulan 2 nanti. OPkoss lah terfikirkan, jodoh aku ni dengan siapa ya? berkawan, bercinta bagai nak mati...kot bukan jodoh kita. Risau juga...... :), jodoh kat Dia yang Maha Kuasa... berserah sajalah.
Kepada dia yang jadi jodoh bagi saya...future wife la kan.. siapa tahu..kot dia ada baca entry ni. jodoh bertemu kat sini ke... hahaha...
Bersediakah untuk menjadi seorang ibu ?
Dan ini 10 fakta harus untuk kamu ketahui tentang kelahiran seorang bayi...
Gurls, dah ready ke korang nk jdi ibu...ni adalah 10 fakta tentang kelahiran yg kite patut tahu...
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.
p/s: ibu....besar pengorbanannya.. mengandung, melahirkan..kalau letak pada seorang lelaki boleh bawa maut tahap kesakitannya tu..
No comments:
Post a Comment