Followers

Sunday, January 13, 2013

Bila isteri tahu password suami.. :)




Assalamualaikum..Bismillahirahmanirrahim..

Siapa pernah alami situasi bila kantoi dengan bini atau awek..rahsia suami atau pakwe dalam facebook.
Media sosial ni ada baik dan buruknya jugak, tempat bertemu jodoh, sebar info yang baik-baik. Apa yang jadi masalah bila salah guna, sebar benda buruk, curang dengan pasangan..dan macam-macam lagi. Semua ni bergantung pada pengguna masing-masing. 


Pernahkah pasangan anda minta password laman sosial anda? sayang punya pasal bagi je lah kan. Kalau tak bagi dia kata kita ada simpan rahsia.. Memang ada pun!!...hahaha Sekali kantoi...hahaha..

awek dah la gansterr...haaa amik kau.. !!


p/s: jujurlah pada pasangan masing-masing, dan jangan terlampau cemburu pulak bagi pasangan tersebut..

Saturday, January 12, 2013

Susah nak cari makanan yang halal di negara bukan islam

Assalamualaikum....Bismillahirahmanirrahim

Kisahnya mahu ke Bangkok, kata partner kat sana susah nak cari makanan halal. Suruh la saya sediakan bekal makan. Mak nya pulak suruh siap kita masak lagi, aduhai..ma, ambe dapur pun xdop..ada pun Ibu punya..hehehe.. Susah sikit la nak bawa mangkok tingkat nak bejalan pusing bangkok tu haa.. Jenuh nak bawa ke hulu , ke hilir la.. siapa mangsa ? ambe jugak.Dari mengelakkan kita terbeli makanan yang tidak halal, lebih baik bawa bekal sendiri. Halal haram makanan itu penting sebab itu yang akan jadi darah daging kita. Bawa bekal yang kita yakin halal.. :)

Kawan cakap antara makanan yang biasa bawa kat tempat susah nak cari makanan halal macam
Maggi Cup, Cokelat, Biskut, Roti dan Kaya, air mineral. Beli masa kat tempat kita la, yang dijamin halal. Letak dalam beg travel kat belakang tu.. ringan je semua ni.










p/s: perginya belom, rancang apa yang patut..buat persediaan kalau nak kemana.. tak susah masa perjalanan nanti.. ye dak ?

Friday, January 11, 2013

Bagaimana Kita Hargai Kasih Sayang dan Cemburu Perempuan

Assalamualaikum...Bismillah


Berbeza sifat lelaki dan perempuan apabila mereka cemburu...dan kita perlu tahu




Lelaki kena pandai ambil hati dan pujuk pasangan.. " kena tahu cara yang sesuai dengan keadaan "


Sayanglah mereka dengan lima cara

1. Sentuh
    Memeluk dan menyentuh anak-anak atau pasangan "suami isteri" ..hubungan akan
    lebih akrab dan anak-anak akan mempunyai iQ yang lebih tinggi. Usap kepala
    anak-anak setiap hari.

2. Sabar dan istikamah
    Kadang-kadang kerenah anak-anak dan pasangan kita berbagai-bagai. Elakkan
    dari kita mengeluarkan kata-kata yang tidak elok. Sabar itu Hikmah

3. Ungkapan
    Zahirkan kasih sayang dengan ungkapan.. " umi sayang anak umi" ,
    " abang sayangkan isteri abang"  kalau kita mampu buat hari-hari, walau sibuk
    mana sekalipun,..walau jauh jarak pasti akan dekat dihati selalu

4. Saling menghargai
    Hargailah barang permainan atau alat kesayangan mereka. Dalam masa yang
    sama juga, mereka akan menghargai barang kesayangan kita.

5. Menatap wajah pasangan atau anak
    Lihat dan pandanglah wajah anak apabila mereka sedang bercakap. Renunglah
    mata dan wajah anak atau pasangan dengan penuh kasih sayang ketika berbual,
    akan memberi kesan emosi positif yang mendalam.Seterusnya, perhatian mereka
    terhadap percakapan dan arahan kita juga akan meningkat apabila kita
    memfokuskan pandangan hanya pada mereka.

    Berilah anak  atau pasangan anda pujian sekiranya mereka memperolehi kejayaan
    walaupun kecil. Pujian merupakan penghargaan. Penghargaan yang diberi
    melambangkan sebahagian kasih sayang. Buktinya, orang yang tidak menyayangi
    kita, tidak akan memuji kita walaupun sekali.

p/s: Hargailah Kasih Sayang Orang Tersayang

      hargailah orang yang selalu ada bersamamu...berikanlah sedikit komitmen kamu
      padanya tanda dianya ada dalam hidup kamu

Sunday, January 6, 2013

Love in Bangkok


Assalamualaikum...Bismillah..

Salam..blogger. Kejutan dari orang jauh, dia cakap Ma (emak) bagi green light ajak pergi Bangkok. Bayangkan gembira bagai meloncat-loncat sambil cakap dalam talipong.. " Yeaayyy!!"  ma ajak U pergi Bangkok jugak. " Ajak la dia sekali pergi, ma jalan dengan makcik, Yaya jalan dengan Udin " ..

Maaf la aku ni banyak nama.. blogger lebih kenal Tokey.. kat kampung " Udin, Mat Sudin" kat kampus.. " Nasa, Nas..Nasrudin".. haishh..paling nakal ada panggil Ezad.. hak tu memang nakal sebab ada orang kata muka macam Ezad Exist a.k.a Ezad Lazim.. hehe.. maaf abe Ezad ..Tumpang glamor abe.. :)
Ma dia panggil aku " Udin "

Macam mana ya perasaan? Secara jujur sangat teruja dengan " Green Light " tu.. Bangkok in my Mind.. kali pertama nak keluar dari sempadan negara..

jom overview gambar sikit..










p/s : sayang awak lebih...!! yaya...

Saturday, January 5, 2013

Awak dah Ready ke nak jadi ibu ?

Assalamualaikum....Bismillah





Kelam malam ni merapu sikit, lewat jam hampir 4.00am masih bersengkang mata. Membaca sikit sekali, menguloo je banyak aku ni.. haishh exam makin dekat, makin liat nak paham. Paling lama study pun 2 jam je, lepas tu dah tak boleh fokus. Kena dengar lagu, kunyah-kunyah kacang, minum dulu ke baru boleh sambung ulangkaji. Mak bagitahu, kakak nak ada majlis nikah insyaAllah kalau jadi cuti masa bulan 2 nanti. OPkoss lah terfikirkan, jodoh aku ni dengan siapa ya? berkawan, bercinta bagai nak mati...kot bukan jodoh kita. Risau juga...... :), jodoh kat Dia yang Maha Kuasa... berserah sajalah.


Kepada dia yang jadi jodoh bagi saya...future wife la kan.. siapa tahu..kot dia ada baca entry ni. jodoh bertemu kat sini ke... hahaha...

Bersediakah untuk menjadi  seorang ibu ?
Dan ini 10 fakta harus untuk kamu ketahui tentang kelahiran seorang bayi...
Gurls, dah ready ke korang nk jdi ibu...ni adalah 10 fakta tentang kelahiran yg kite patut tahu...




1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.



p/s: ibu....besar pengorbanannya.. mengandung, melahirkan..kalau letak pada seorang lelaki boleh bawa maut tahap kesakitannya tu.. 

Thursday, January 3, 2013

Rindu Kg Halaman

      
Assalamualaikum...Bismillah.. 
Aduhai..orang lain sibuk tengah ulangkaji nak exam final.. aku duk conteng blog.. ini lah..kalau dah melalot tak ada kerja, mood nak study tak ada.. " Keinginan tuh hilang!! " :P

Teringat zaman muda mudi.. rindu sangat kat kampung.. musim kemarau.. mandi sungai.. santai petang keliling kampung.. 

ini kampung halaman.. Kg. Pasir Kelang, Kuala Krai, Kelantan...
lebih spesifik " Port Sungai PASIR ".. DI KG PASIR KELANG
rumah aku di kawasan baru..
KG. PASIR KELANG BARU.
 kat bawah ni kg.pasir kelang jugak.. 
 KG.PASIR KELANG LAMA :)






tanah kering musim kemarau sungai kelantan

 





anak jiran-jiran aku.. budak 3 orang ni jugak student tuisyen aku masa kat kg.. ngaja semua subjek skolah rendah diorang 
 
 
mula mula nak main air je...
 bila sungai kelantan dah cetek..musim kemarau..paras lutut je, tepi nya ni..banyak pasir.
aku jadi bos 
budak 3 orang tu tanya
" bos macam mana ni?"
aku jawab " jom mandi sungai !!!"..hahaha
bos pun senget dah kepala...




 serius!! aku rindu moment ni... sekarang mungkin susah dah nak dapatkan semua ni .. nak rasakan ni semula.. zama dah berubah.. kehidupan dah tak sama.. aku nak balik rumah :(

p/s : gambar kenangan musim kemarau 2008.. tengah tunggu result SPM 2007

Fading Flower

 Assalamualaikum.. Bismillah..


jom kongsi lirik lagu baru...Yuna

Fading Flower by Yuna

















You got that walk walk walk
Got that talk talk talk
Got that swagger oh oh
Such a glamor oh oh

You like the real life doll
Lift your head that falls
Like niagara oh oh
But that don't matter oh oh

Cause that don't change the fact
that your heart is black

Cause you can't tear me down
Beat me to the ground
Trying to block my sunshine my blue skies with your clouds

Who do you think you are
And that won't get you far
You may think you're pretty
But you'll see that beauty is a fading flower
fading flower oh oh
fading flower oh oh

You'll only play play play
If you get your way always
in the center oh oh
of attention oh oh

All the lying and the cheating dome
it's written how u even sleep at night
blows my mind
I wonder when you'll see
but you don't bother me

You can't tear me down
Beat me to the ground
Trying to block my sunshine my blue skies with your clouds

Who do you think you are
and that won't get you far
you may think you're pretty
but you'll see that beauty is a fading flower
fading flower oh oh
fading flower oh oh

I spent all of my youth
trying to be you
thought that you were special
that you're beautiful
but the more of you I see
the more I'm glad I'm me

Cause you can't tear me down
Beat me to the ground
Trying to block my sunshine my blue skies with your clouds

Who do you think you are
and that won't get you far
you may think you're pretty
but you'll see that beauty is a fading flower
fading flower oh oh
fading flower oh oh


p/s: best lagu ni....easy listening... 

Tuesday, January 1, 2013

31 disember 2012 dan 1 januari 2013

ASSALAMUALAIKUM...BISMILAH

Happy New Year My Dear...yeahh!!.. sayang lebih kat awak!!..

heyy..itu ucapan pertama yang aku dapat masa tahun baru masuk tak sampai seminit. Dikala buah hati bersama keluarganya pergi jalan sambut tahun baru, ada makan-makan lagi dan tengok bunga api. OHH!!..dia buat aku jeles beb!! maklumlah tengah minggu belajar, nak final exam kan. Memang suka nyakat " Dear " dia ..haha..

itu kisah ucapan tahun baru...

dan ini kisah penutup tahun lama

Sebagai penutup dan selama hidup 22 lepas, di saat 31 disember 2012 jam 1.05am.. Paling tidak dapat dilupakan, aku sedang memdengar imam sedang membacakan doa Talkin kepada seorang kawan. Walaupun kawan ni aku tak kenal malah tidak pernah bercakap, sungguh merasa dekat dengan arwah. Saat jasad arwah diangkat dari van. Sungguh menggigil seluruh tubuh aku. Berpeluh sedangkan hari sejuk, malam hujan renyai. Mengangkat jenazah , memegang kain kafan , melihat wajah arwah dan sehingga tanah yang terakhir diletakkan pada atas kubur arwah, aku ikut dan aku lihat. Inilah iktibar dan penutup paling tidak dapat dilupakan sepanjang tahun. Malah peringatan paling besar bagi aku ada sungguh , kematian adalah amat dekat dengan kita. Sungguh sikit dan tidak cukup rasanya bekal amal yang ada. Bagaimana mahu menjawab soalan-soalan alam kubur nanti, soalan-soalan seperti talkin imam bacakan,. ohh bagaimanakah kita nanti ?? Biarlah tahun baru dengan amal dan iman bertambah bekal alam akhirat nanti. Ya Allah...Berikanlah Aku Kekuatan dan Istikamah..


2012 adalah tahun yang agak best. Macam-macam la berlaku, perkara sedih dan gembira. Duka dan bahagia semua ada. Nak tulis semua kat sini panjang sangat nanti entry ni :), antara perkara yang tidak dapat dilupakan masa bertentang mata dengan seorang ni, hampir 9 tahun beb tak jumpa. Jejak kasih la jadinya..
" yaya".. :P,

2012 jadi best sebab ada geng yang dah macam adik beradik. Sahabat yang best... ada syam, hajar, chena,yon, oiu dan fariha.. kenal dah lama tapi baru jadi geng gila-gila bersama . Geng ni semua best!!
Ialah dalam hidup kita ni, ada yang ada dan pergi itu sangat memberikan kesan dalam hidup. Kenal ramai orang tak rugi, cuba berkawan dengan seramai mungkin. Bukan hanya untuk mengisi masa lapang, tapi biarlah ia menjadi satu pengalam hidup yang paling tidak dapat dilupakan. Kenangan dan Nilai Sahabat Kami Tiada Ganti dengan yang lain.

ALAMAK!!!..otak jam.. tak tau dah nak tulis apa lagi.. KRAM!! tiba-tiba kat kepala.. keh3..

hahaha.. malas la nak tulis lagi.. ingat dapat stay lama lepas subuh ni.. merapu kat sini.. adui.. kena pergi cari sarapan.. " lapar la.." ..

ok lah. Entry pertama tak berapa panjang dan tidak menarik sangat pun kan. " biarlah, ni blog aku punya :P "

HARAPKAN 2013 NI LEBIH-LEBIH LAGI AMAL AKHIRAT...DAN BIARLAH SETABIL DENGAN DUNIAWI..

" AKU SAYANG SEMUANYA DALAM 2012"!!

tOKEY Dan " Yaya "
 p/s :

Jangan melihat kebelakang, jika kamu memang berharap untuk kembali ke masa itu. Dalam hidup, apapun yang terjadi, jangan kamu sesali. Hal yang baik adalah kenangan indah, dan hal buruk adalah pelajaran berharga. Waktumu berharga. Jangan habiskan pada orang yang tak pernah menghargainya, kerana kamu tak akan pernah mendapatkannya kembali.
Jangan melihat kebelakang, jika kamu memang berencana untuk kembali ke masa itu Dalam hidup, apapun yg terjadi, jangan kamu sesali. Hal yg baik adalah kenangan indah, dan hal buruk adalah pelajaran berharga. Waktumu berharga. Jangan habiskan pada orang yg tak pernah menghargainya, karena kamu tak akan pernah mendapatkannya kembali. Read more at: http://operatorku.blogspot.com/2012/07/kata-kata-cinta-sejati.html Copyright by operatorku.blogspot.com Terima kasih sudah menyebarluaskan aritkel ini
Jangan melihat kebelakang, jika kamu memang berencana untuk kembali ke masa itu Dalam hidup, apapun yg terjadi, jangan kamu sesali. Hal yg baik adalah kenangan indah, dan hal buruk adalah pelajaran berharga. Waktumu berharga. Jangan habiskan pada orang yg tak pernah menghargainya, karena kamu tak akan pernah mendapatkannya kembali. Read more at: http://operatorku.blogspot.com/2012/07/kata-kata-cinta-sejati.html Copyright by operatorku.blogspot.com Terima kasih sudah menyebarluaskan aritkel ini