" Ditelan mati emak, Diluah mati bapa "
Keadaan yang amat serba salah. Peribahasa ini cukup untuk menggambarkan
satu situasi dimana manusia berada dalam keadaan tersepit di antara dua
keadaan atau antara dua pihak atas sebab-sebab tertentu. Mak dan bapak
atau lebih manis disebut ibu ayah adalah satu contoh untuk menceritakan
bahawa kedua-duanya adalah sama penting, sama bernilai.Tuhan menjadikan
setiap ujian itu manusia dapat pikul, tak ada yang melebihi kemampuan
manusia. usaha, tawakal dan berdoa pada Tuhan.kita tunggu dan lihat. Manusia yang beriman akan sentiasa yakin akan pertolongan Tuhan. kalau
kita pernah buat salah, kena berani tanggung. kerana manusia tidak lari dari
melakukan kesilapan. kalau tak pernah buat, itu bukan manusia. kalau apa
yang kita buat itu betul, tidak perlu takut, sebab kebenaran akan
mengatasi kebatilan. Kebenaran itu adalah haq. kalau apa yang kita buat
itu kita rasa betul, akan ada ganjaran dari Tuhan yang akan kita
peroleh.
Memang bila kita menghadapi dilemma bila berdepan situasi seperti ini
dan ia amat merunsingkan tapi selagi kita berfikiran rasional kita akan
cuba mencari jalan terbaik menangani isu berkenaan. Keseimbangan mental dan fizikal adalah penting untuk memberi semangat
dan motivasi dalam diri. Namun begitu haruslah diingat bahawa akal dan
tindakan insan juga ada kelemahannya. pokoknya kita harus mencuba sedaya
upaya dan yang terbaik bagi menghadapi perkara tersebut.
Susahnya nak hadapi situasi ni, sekarang baru aku faham. Setiap orang dugaannya berbeza-beza. Sedih hiba, Allah sahaja yang tahu. Hanya dia tempat mengadu. Apakah harus aku pergi buat seketika untuk meredakan keadaan, namun pasti SANGAT MERINDUKAN KASIH SEORANG IBU. Arwah ayah telah lama pergi, hampir 10 berlalu. Hanya ibu yang ku ada, tempat mengadu kasih seorang anak, berkongsi cerita... Tapi apakah dugaan sebegini yang harus ku terima, berjauhan, menjauhi kasih ibu yang kita sangat-sangat sayang atas perkara telah berlaku. Demi mengubat hati kecewa dan terkilan......
" Rindu Pada Kasih Ibu Yang Harus Ku Pendam "
" Rindu Pada Kasih Ibu Yang Harus Ku Pendam "
" pahit derita harus ku telan, kerana kasih pada seorang ibu... biarlah kita merindu dahulu mek, usu sayang mek, tiada ganti dalam dunia ni sebab hanyamu yang melahirkan diri ini... "
Aku belum bersedia menerima....orang baru dalam keluarga