Followers

Wednesday, February 27, 2013

KEHENDAK LELAKI..

Assalamualaikum...Bismillahirrahmannirrahim...

Lama betul rasa tak update blog.. berlumut dah agaknnya iklah dekat chat-box.. entah siapa la rajin iklan kat situ tu. Banyak perkara berlaku, ada yang baik dan ada yang mendukacitakan semasa cuti sebulan. Jangan terlalu yakin dengan kegembiraan hari ini kerana hari esok mungkin duka yang hadir pada kita.

Siapa tahu manusia tu cepat berubah. Perinsip pun boleh berubah, inikan pula kata-kata. Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ribut di tengah hari. Mendung gelap gelita pulak tu, sampai ke subuhnya hujan. Kasih ibu tiada ganti, kekasih hati boleh cari lain.

Kadang-kadang suatu perhubungan tu tak menjadi mungkin sebab takde keredhaan – keredhaan Allah atau keredhaan ibu bapa, kau orang nilai lah sendiri. Ridhaullahu fi ridhaul walidaini - redha Allah terletak pada redha ibu bapa





Siapa yang baik hati pasti ku terima,
p/s: asyik failed je.., bila suruh carikan tak nak. bila kita cari cakap tak berkenan la pulak. payahh...sungguh


Sunday, January 13, 2013

Bila isteri tahu password suami.. :)




Assalamualaikum..Bismillahirahmanirrahim..

Siapa pernah alami situasi bila kantoi dengan bini atau awek..rahsia suami atau pakwe dalam facebook.
Media sosial ni ada baik dan buruknya jugak, tempat bertemu jodoh, sebar info yang baik-baik. Apa yang jadi masalah bila salah guna, sebar benda buruk, curang dengan pasangan..dan macam-macam lagi. Semua ni bergantung pada pengguna masing-masing. 


Pernahkah pasangan anda minta password laman sosial anda? sayang punya pasal bagi je lah kan. Kalau tak bagi dia kata kita ada simpan rahsia.. Memang ada pun!!...hahaha Sekali kantoi...hahaha..

awek dah la gansterr...haaa amik kau.. !!


p/s: jujurlah pada pasangan masing-masing, dan jangan terlampau cemburu pulak bagi pasangan tersebut..

Saturday, January 12, 2013

Susah nak cari makanan yang halal di negara bukan islam

Assalamualaikum....Bismillahirahmanirrahim

Kisahnya mahu ke Bangkok, kata partner kat sana susah nak cari makanan halal. Suruh la saya sediakan bekal makan. Mak nya pulak suruh siap kita masak lagi, aduhai..ma, ambe dapur pun xdop..ada pun Ibu punya..hehehe.. Susah sikit la nak bawa mangkok tingkat nak bejalan pusing bangkok tu haa.. Jenuh nak bawa ke hulu , ke hilir la.. siapa mangsa ? ambe jugak.Dari mengelakkan kita terbeli makanan yang tidak halal, lebih baik bawa bekal sendiri. Halal haram makanan itu penting sebab itu yang akan jadi darah daging kita. Bawa bekal yang kita yakin halal.. :)

Kawan cakap antara makanan yang biasa bawa kat tempat susah nak cari makanan halal macam
Maggi Cup, Cokelat, Biskut, Roti dan Kaya, air mineral. Beli masa kat tempat kita la, yang dijamin halal. Letak dalam beg travel kat belakang tu.. ringan je semua ni.










p/s: perginya belom, rancang apa yang patut..buat persediaan kalau nak kemana.. tak susah masa perjalanan nanti.. ye dak ?

Friday, January 11, 2013

Bagaimana Kita Hargai Kasih Sayang dan Cemburu Perempuan

Assalamualaikum...Bismillah


Berbeza sifat lelaki dan perempuan apabila mereka cemburu...dan kita perlu tahu




Lelaki kena pandai ambil hati dan pujuk pasangan.. " kena tahu cara yang sesuai dengan keadaan "


Sayanglah mereka dengan lima cara

1. Sentuh
    Memeluk dan menyentuh anak-anak atau pasangan "suami isteri" ..hubungan akan
    lebih akrab dan anak-anak akan mempunyai iQ yang lebih tinggi. Usap kepala
    anak-anak setiap hari.

2. Sabar dan istikamah
    Kadang-kadang kerenah anak-anak dan pasangan kita berbagai-bagai. Elakkan
    dari kita mengeluarkan kata-kata yang tidak elok. Sabar itu Hikmah

3. Ungkapan
    Zahirkan kasih sayang dengan ungkapan.. " umi sayang anak umi" ,
    " abang sayangkan isteri abang"  kalau kita mampu buat hari-hari, walau sibuk
    mana sekalipun,..walau jauh jarak pasti akan dekat dihati selalu

4. Saling menghargai
    Hargailah barang permainan atau alat kesayangan mereka. Dalam masa yang
    sama juga, mereka akan menghargai barang kesayangan kita.

5. Menatap wajah pasangan atau anak
    Lihat dan pandanglah wajah anak apabila mereka sedang bercakap. Renunglah
    mata dan wajah anak atau pasangan dengan penuh kasih sayang ketika berbual,
    akan memberi kesan emosi positif yang mendalam.Seterusnya, perhatian mereka
    terhadap percakapan dan arahan kita juga akan meningkat apabila kita
    memfokuskan pandangan hanya pada mereka.

    Berilah anak  atau pasangan anda pujian sekiranya mereka memperolehi kejayaan
    walaupun kecil. Pujian merupakan penghargaan. Penghargaan yang diberi
    melambangkan sebahagian kasih sayang. Buktinya, orang yang tidak menyayangi
    kita, tidak akan memuji kita walaupun sekali.

p/s: Hargailah Kasih Sayang Orang Tersayang

      hargailah orang yang selalu ada bersamamu...berikanlah sedikit komitmen kamu
      padanya tanda dianya ada dalam hidup kamu

Sunday, January 6, 2013

Love in Bangkok


Assalamualaikum...Bismillah..

Salam..blogger. Kejutan dari orang jauh, dia cakap Ma (emak) bagi green light ajak pergi Bangkok. Bayangkan gembira bagai meloncat-loncat sambil cakap dalam talipong.. " Yeaayyy!!"  ma ajak U pergi Bangkok jugak. " Ajak la dia sekali pergi, ma jalan dengan makcik, Yaya jalan dengan Udin " ..

Maaf la aku ni banyak nama.. blogger lebih kenal Tokey.. kat kampung " Udin, Mat Sudin" kat kampus.. " Nasa, Nas..Nasrudin".. haishh..paling nakal ada panggil Ezad.. hak tu memang nakal sebab ada orang kata muka macam Ezad Exist a.k.a Ezad Lazim.. hehe.. maaf abe Ezad ..Tumpang glamor abe.. :)
Ma dia panggil aku " Udin "

Macam mana ya perasaan? Secara jujur sangat teruja dengan " Green Light " tu.. Bangkok in my Mind.. kali pertama nak keluar dari sempadan negara..

jom overview gambar sikit..










p/s : sayang awak lebih...!! yaya...