Followers

Wednesday, May 9, 2012

BILA PEREMPUAN SUKA BARANG KEMAS..hehehe


Assalamualaikum.... Bismillah...

nak ceritakan macam mana perempuan beli barang kemas..:)



Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya...

Promoter tu tanya la "Boleh saya bantu?"

Perempuan tu anggap promoter itu tak dengar la yang dia kentut jadi dia jawab "Berapa harga cincin ini?".

Promoter tu jawab, "Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau harganya".



 perempuan dengan emas memang tak boleh dipisahkan.. hiasan penyeri wajah untuk suami..:) tapi ingat..emas banyak kita simpan atau kita ada..cukup nisab nya..kena keluar zakat tau.... tak kiralah lelaki atau perempuan yang memilikinya..
lelaki memang tak boleh pakai, tapi boleh simpan...kena keluarkan zakat harta jugak....
kalau nak tunang/nikah nanti..nak beli cincin ni







Tuesday, May 8, 2012

PEREMPUAN MEMANG NAKAL... :) , TAPI DIA MANJA....


sikap perempuan :Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

SEANDAINYA KAU CATATKAN DIA MILIKKI, SATUKANLAH HATINYA DENGAN HATIKU


ORANG PEREMPUAN GAK.....DIA NAKAL SOKMO....HAHAHA...




BUAT RILEKS SUDAH AH....:)


Sunday, May 6, 2012

HATI YANG BERKATA-KATA,MULUT SENYAP JE MAKA JADILAH MENGAROTT!!!

ASSALAMUALAIKUM...

BISMILLAH.............

HAI..Semua kawan-kawan blogger...fuhh.. dah naik sarang semut api dah blog TOKEY.. seminggu ni sangat sibuk. sibuk dengan test, dengan project study, sibuk dengan program kampus... ni pun ada lagi yang tak selesai...nak kena buat lagi dan lagi... assignment tak payah cakap..setiap minggu ada saja yang baru.. paling kurang 3 assigment seminggu... 2 report kimia seminggu... homework exercise....hoi...hoii...... bukan nak mengeluh apa yang sedang belajar tapi nak cerita apa yang kami alami setiap 24/7.......:)

kat kampus...tidak ada orang nak marah, tak ada orang nak tegur, tak ada orang peduli apa yang kita buat...selagi tidak menyusahkan orang lain.... pandai-pandailah bawa diri.. KALAU KITA RAJIN, KITA AKAN DAPAT KEBAIKAN... KALAU KITA DEKAT DENGAN AGAMA, KITA AKAN DEKAT DENGAN SYURGA....tak lah mudah jadi kejutan budaya....

kat kampus tak macam kat rumah... kat rumah mak,ayah ada tolong tegur...makan minum pun ada orang sediakan... kat kampus kena pandai cari makan sendiri..

kejayaan kita mungkin didorong oleh sesuatu perkara sama ada ibu bapa, kawan-kawan atau seseorang yang menjadi inspirasi. Dia sangat berlawan, perempuan mungkin didorong oleh lelaki dan LELAKI MUNGKIN DIDORONG OLEH SEORANG PEREMPUAN :) ia bagaikan CATALIST yang mempercepatkan atau menguatkan sesuatu reaksi/tindakbalas namun tidak mengambil bahagian dalam tindakbalas tersebut.. hhaaaa..keluar dah istilah kimia tu. 

AKU PERLUKAN KEKUATAN.... 
bila rindu pada mak.. sangatlah rindu. ada cuti tapi nak balik tak boleh, sangat masa terhad. di ikotkan boleh tapi komitmen pada kampus..orang dikampus memerlukan tenaga kerja yang saya. 
pepagi lagi 5/5/2012 jam 6.12am telepon mak.. bertanya khabar.

apa yang dikongsi adalah: yang paling best SAYA dapat panggilan dari Syarikat Gas di Johor.. Project Manager telepon dari office untuk tanya pasal kepastian position kerja Gas Engineer Supervisor/ setaraf.tapi masa ni hanya untuk internship je.. bila grad nanti baru boleh mohon berkerja betul.  macam-macam project manager tu tanya pasal saya. situasi macam di temuduga melalui telefon je. mak cukup gembira dengan berita tu.
DOAKAN SAYA..:)

HANYA MAK JADI KEKUATAN SAYA SEKARANG....
JANGAN LUPA KASIH IBU WALAU JAUH MANA KITA BERADA
BIAR KITA JAUH PADA JASADNYA, ASALKAN PADA JIWANYA SEPERTI MELEKAT DAN DIBAWA KEMANA-MANA SAJA

MAK PESAN: kalau nak cari pasangan, biarlah dia yang boleh anggap mak sama seperti ibu kandungnya sendiri. ..haha.. mak macam bagi lampu hijau nieh!!...
*kadang-kadang sempoi jugokk mak ...hahaha

setakat nak sembang boleh la...kalau nak ada pasangan sekarang mungkin tidak kot... :) 
malas nak pikir.

berkawan ramai dengan orang tak apa, berkasih tu biarlah satu. barang yang lepas jangan dikenang.memaafkan itu senang, melupakan sesuatu itu susah.
 

 





PERGI KENDURI RUMAH KAWAN KEPADA KAWAN

yang part ni..dah 2 kali pergi kenduri. sampai je tempat majlis terus terjah tempat makan. haa maklumlah jauh perjalanan. perut pun lapar.
lepas makan...jadi photographer kejap..tapi kamera DSLR orang punya!!!..ishh.. nak milik sendiri tak cukup duit nak beli... tak apa lah... mungkin akan datang.. :)

PERGI JALAN BANDAR dengan kawan-kawan
lalu sebelah kedai barangan kemas
lelaki pun nak beli jugak ke..? tak lah..saja tengok-tengok cuci mata.. 
member yang dah berpasangan tanya : eh..beli la yang perak tu...couple ring/cincin tunang..cantik uuhh... 
tokey : okey2...aku try dulu..* memang padan la weh...seyes cantik molek...tapi...sapo nak jadi tunang aku..? hahaha..seme gelak2...
member yang dah berpasangan : amoi dalam kedai tu ada.....kikiki
tokey : nanti ada calon yang suka kat aku baru aku beli...tak pe...tahun depankan dah last year..hahaha... 

lalu kedai eletronik tv
kat sini saja tengok-tengok tV nak beli untuk mak. nak hadiahkan kat dia.. nak beli yang 32 inci pun ok kot.. LCD. harga pun ok.. RM999..hahahaha.. SONY BRAVIA!!!!!
kena tunggu duit cukup dulu yer.... :)

*baik beli hadiah TV kat mak dulu dari beli hadiah ke orang lain .... yang cincin nak bg ke awek...lekkluhhhhh!!! eheheheee


P/S: KITA SUSAH NAK DAPAT CINTA , SEBAB APA...? 
SEJAUH MANA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH TA'ALA....?
SEJAUH MANA CINTA KITA PADA ALLAH TA'ALA...?
ADILKAH KITA ? 
 NAK MEMOHON ADA CINTA SEDANGKAN KITA TIDAK MENCINTAI PENCIPTANYA....
kasih ibu hingga ke syurga... :)

Tuesday, May 1, 2012

SIAPA YANG JADI VIRUS DALAM MASYARAKAT MELAYU KITA



Assalamualaikum.
Bismillah.....


GAMBAR HIASAN: PAHAM LA SENDIRI YER...



KAHWIN HANTARAN MURAH
"ish! murahnya hantaran dia, ni mesti sengkek ni!"

KAHWIN HANTARAN MAHAL
"ish! mahalnya? nak jual anak apa?"

KAHWIN UMUR MUDA
"ish! muda-muda dah kawen, ini mesti ade buat benda tak baik ni... tah-tah dah termengandung!"

KAHWIN UMUR LAMBAT
"ish! dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, org da beranak-pinak dia br nak kawen... tak laku kot!"

KAHWIN BUAT MAJLIS KECIL
"ish! ni kawen ke ape? kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sket!"

KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR
"ish! besarnye majlis... kalah anak DATUK. nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni!"


ada saja sikap dengki dan tak puas hati. Inilah virus dalam masyarakat. manusia yang hatinya tidak tenang.

P/S: yang sebaiknya doakanlah kebahagiaan orang, jangan pertikaikan. senyum dan bersyukur, hati kita gembira dan dalaman kita bersih!!
Assalamualaikum
Bismillah.......

 

 "senyum yang di berikan mungkin dapat membahagiakan hati seseorang,..hilangkan resah"


Ada sorang budak darjah 1 ni, rajin ikot mak dan ayah pergi masjid. Dia selalu senyum kat tabung masjid.
Perilaku budak tu dilihat oleh imam dan imam tu berasa hairan.

Suatu hari imam bertanya kpd budak tersebut

“Kenapa adik senyum kat tabung tu?”

Budak tu pun jawab.

"Ustaz saya pesan,senyum itu sedekah.saya takda duit nak sedekah,jadi saya senyum jelah kat tabung tu"


p/s : awak akan lebih cantik kalau awak  senyum..... :)