Followers

Thursday, August 11, 2011

apa nak buat? kita tak ada kuasa

salam... sebulan sekali update beloggg ni...


              kuasa di pihak Universiti... gerammm dennnn...hehehe
pasal kolej kediaman baik punya setting nak duduk kawasan kolej stail taman perumahan... tiba-tiba di arahkan pindah oleh pihak unversiti...


dengan alasannya
1. dengan kuasa mutlak kolej anda akan di kosongkan kerana akan di huni oleh staf asing dan pelajar antarabangsa
2. kolej kediaman tidak mengcukupi dan tidak dapat di sediakan di kawasan taman perumahan KK2 ni..sebab nak masuk pelajar baru IPTA( ump) jugak la kan.... 


apa nasib kami..?
1. kolej kediaman baru tak seronok
2. jaringan internet terlalu perlahan
3. keadaan kolej kediaman baru kurang selesa dan tiada privasi 
4. barang-barang terlalu banyak yang hendak di pindahkan
5. ramai pelajar kanan tidak mengetahui masalah dan arahan ini kerana sedang bercuti
6. perniagaan kecilan kami mungkin terjejas dari segi jarak dan bilangan pelanggan...hehehe




             tak apalah mungkin ada hikmah di sebaliknya.....apa pun barang-barang saya dah pindah dah... melepak secara haram dulu sebelum balik cuti.. malas nak pergi terus ke kolej kediaman baru... dah la bilik macam asrama... duduk 6 orang.. yang ada sekarang ni aku sorang je... sunyii bebb... dah la internet macam apooo tak tau... selowwww sangatttt

Monday, July 4, 2011

kehidupan di kampus UMP Gambang semasa semester pendek

ehemm.....salam.. entry kedua bulan ni... nak cerita pasal kehidupan semasa semester pendek di kampus UMP gambang.... ada yang best, ada yang tak best....


tapi rasanya banyak yang tak best kot...


1. orang lain cuti lama...kita cuti pendek je... yang 4 bulan jadi 2 bulan.....


2. yang 2 bulan cuti tu kene ada kat kampus lagi ...kena tinggal kat kampus kerana gerak kerja expokonvo11 dan jadi sebulan je cuti


3. rasa sunyi sangat senester pendek ni... tak ada kelibat manusia sangat...tak ramai macam semester lazim,
    yang ada budak-budak semester pendek dan budak baru diploma....


4. rindu kat rumah yang teramat sangat..agaknya dah 7 bulan lebih tak balik rumah...masa terakhir 5 hari je
   singgah rumah mak semasa ada ruang jarak masa 


5. susah nak cari makan malam, kafe ada yang buka tapi tak banyak..kalau kat kk2 tu.. ada satu je kafe buka
    dalam satu masa..makanan pun terhad...dan kurang sedap.....


6. duit poket cepat habis, di sebabkan agak selalu makan kat luar bila makan malam...kafe dah habis 
    makanan, kalau ada pun yang tengah hari tadi...berlalatt!!!!!


yang best masa semester pendek:
1. beratur kat kafe tak payah tunggu lama sebab orang tak ramai


2. gerak kerja logistik expokonvo...dapat kenal ramai geng mpp, yang sebelum ni sekadar kenal
    luaran sahaja.


3. dapat kenal adik-adik diploma yang baru masuk..sebab mereka ada yang masuk jadi ahli   
    logistik dan unit-unit lain.... rasa  sangat tua kowtt...mereka panggil aku abang...hahahaha


4. internet laju sebab geng aku je yang guna kat kk2 ni...hahahaha tapi kadang-kadang tak dapat  
   jugak...kalau dah siang hari hujan petir.. petang mesti tak ada lain


5. jalan raya ump bebas keluar masuk... pak guard guna tapak tangan HAI!!!..je scan masuk pagar 
    ump. angkat tangan scan dan angkat kening ..hangguk kepala.... mesti lepas...
       
6. kalau jog petang-petang dapat tengok wajah-wajah baru ump...:P budak-budak diploma ni baru je 
    masuk, tapi ada gak yang gedik-gedik...orang tak de la tengok dia sangat pun..... 
    tersengih-sengih

Saturday, July 2, 2011

terlalu lama

salam...hai... lama benar rasanya tak melawat blog sendiri.... kadang-kadang teringat tapi busy.. tak ada masa. 


bila ada masa pula..tak teringat nak buat entry baru.. sejak kehilangan orang di sayang.. bukan tak sayang, tapi terpaksa.... tak tahu cara nak elak macam mana, tak tahu nak terangkan macam mana... terpaksa lepaskan pergi..


betullah orang kata, kalau cintakan seseorang bebaskanlah ia pergi... bagi aku susah..
entahlah.. apa nak jadi dengan kehidupan sekarang ni.... antara keluarga dan diri sendiri...
emaklah tempat berkongsi cerita dan bergantung hidup... tak mahu jadi anak derhaka mak ayah...


ku lepaskan mu pergi......walau tersiksa.... doakan ada orang yang lebih sempurna dari aku...






eheemm.. sekarang tengah buat short sem... aku amik subjek tahun satu.. baiki gred untuk tingkatkan lagi pointer...dan sekarang juga aku sibuk dengan program expoconvo'11


expoconvo'11 program paling besar dalam Universiti..program tahunan yang dijalankan oleh pelajar sendiri... program jenis pesta jualan, pameran dan sukan. 
satu-satunya program pelajar yang menjana duit untuk Universiti...


aku terpaksa korbankan masa cuti aku untuk dua perkara ni... 
1. short sem
2. expoconvo'11


kali ni jawatan aku dalam expoconvo'11 adalah timbalan ketua eksekutif logistik
a.k.a tke logistik...


susah juga jadi ketua.. senang bila mengarah orang buat kerja, tapi bila anak buah ada masalah heemmmm masalah tu akan datang kat kita... kita tak penat fizikal tapi akan penat otak berfikir..


kerja otak lebih memenatkan berbanding kerja fizikal

Friday, April 15, 2011

Yang mana harus di utamakan?

salam...siapa lagi utama..... diri sendiri atau orang lain....


mesti diri sendirikan....
maksud utama kat sini bukan pentingkan diri sendiri tak jaga hati orang lain....(selfish) 


kebahagian diri kita atau kebahagian orang lain....harus diutamakan....?
kebajikan kita atau kebajikan orang lain..harus diutamakan...?
kepentingan diri kita atau kepentingan orang lain...?
test dan kuiz kita atau test dan kuiz orang lain....? hehe..tetiba pulak...:P
maklumlah pelajarkan... kalau tak ada test dan kuiz tu bukan pelajar maknanya.....


orang lain tu kawan-kawan kita juga... orang-orang yang kita sayang
kalau mereka tak ada, hidup ini tak seronok.....hidup kita tak ada makna... kosong...


kita seharusnya bijak memilih, bijak dalam semua benda...
membuat keputusan...diberi akal...untuk berfikir...
kaki-kaki chemical engineer


orang lain juga penting...
kebahagian orang juga kebahagian kita
kebajikan orang juga kebajikan kita
kepentingan orang juga kepentingan kita


jika kita saling menjaga kepentingan orang lain...
semua akan baik...tiada masalah..
saling membantu..sama-sama membangun dan berjaya....
ini tidak..dengki...nak tak nak jaga orang lain....
zaman matrikulasi 08/09..best




1 kali kita jaga orang....berganda-ganda...Allah akan jaga kita.....
jangan risau lah kalau orang lain tak jaga hati dan perasaan kita....
yang penting cuba sedaya upaya untuk jaga kepentingan ,kebajikan,kebahagian dan hati orang lain......InsyaAllah mesti ada untuk kita....


gambar zaman sekolah spm 2007
terkadang persahabatan itu merimaskan dan memenatkan, tapi itulah yang membuatkan persahabatan itu lebih bernilai.......


apa pendapat anda??

semua berubah

hajat di hati nak kekal lama....tapi tak pernah kekal.... 


banyak kali cuba untuk berubah...tapi perubahan yang baik amat susah untuk dikekalkan...
hidayah selalu ada untuk kita, taufik sangat jarang untuk dapat.... jika dapat taufik dan hidayah..berbahagia lah kita... tak ada istiqamah...


perghhh.....intro tu kata oarng puteh...kui3.. pengenalan...
 eh...lupa nak bagi salamm.....assalamualaikum..


ehm..nak cerita... kamu semua pernah tak terfikir untuk berubah untuk jadi yang lebih baik........?


kekal lama tak perubahan tu...? bila berubah selalu amalkan tak amalan yang baik tu.....?


susahkan...?  macam mana ek nak jadi yang lebih baik dari yang semalam..?




ustaz saya pernah bagi tahu........
dalam kehidupan kita.....
 kita mesti jadi yang lebih baik dari hari semalam.... jika kita lebih teruk dari hari semalam...bermaksud kita sangat teruk....bermasalah....
 jika kita lebih baik dari hari semalam, bermakna kita hebat...oleh itu kita akan sentiasa hebat jika kita lebih baik dari hari semalam....


tapi...kadang-kadang saya rasa lebih teruk dari hari semalam......
dah cuba sedaya upaya....ada masa lebih baik....dan ada masa lebih teruk....... 
semuanya tak menentu, tak stabil, tak kekal....... 


boleh bagi cadangan tak atau sokongan moral untuk menjadikan hidup kita lebih baik dari hari semalam...?