Assalamualaikum...
Kecik lagi masa tu, halatuju hidup pun belum tahu kemana dan tak tahu pun cita-cita nak jadi apa masa tu. Petang yang damai, cuaca elok..cerah selepas hujan renyai-renyai. Warden asrama datang , meminta tokey ke pejabat asrama. Ada perkara mustahak katanya. Baru seminggu daftar menduduki asrama sekolah menengah , tingkatan satu. Hingus pun meleleh lagi masa tu. Wajah warden asrama serius,
" awak kena balik rumah, mak awak suruh balik..ada orang sakit "
Jantung sentap, kencang bagai nak pecah.. fikiran timbul berbagai-bagai andaian.. siapa sakit, sakit apa, serius sangatkah ? Ada seorang pak.cik datang jemput tokey kat asrama sekolah dulu. Mak minta tolong dia. Dengan berbaju melayu, seluar slack hitam. Cemas dan gugup sambil kemas baju dalam beg garfield rm15 hadiah mak beli untuk isi baju bawa ke asrama. Beg tu di penuhkan dengan baju2 penting sahaja. Nak cepat takut tak sempat. Dari sarung helmet sehingga ke tangga rumah dan membuka semula helmet, satu patah kata pun tidak keluar dari mulut. Hanya air mata yang mengalir masa tu.
Semasa sampai, memang penuh orang kat depan rumah. Mak cik ramai sedang berpayung, pak cik juga penuh dengan yang berkopiah putih. Melihat keranda tepi tangga rumah, jiwa aku luluh , meraung..tangis. Berlari ke atas, emak melihat aku menggalas beg pakaian lagi masa tu. Rebah , terduduk menangis sebak.
" siapa sakit mak, nenek ka ?, " adik..ayahmu telah tiada lagi..dia bukan lagi dengan kita "
Allahuakbar....wajah arwah nampak senyum. Mak cakap arwah ayah macam orang tengah tidur, pujuknya jangan nangis, nanti arwah ayah sedih. Siapa mampu tahan, seluruh yang hadir turus menangis melihat aku yang baring atas jasad arwah.
" kenapa ayah pergi, ayah tak tunggu adik balik asrama dulu ke ? " adik rindu
Mak pengsan sebab terlalu meratapi arwah ayah, tokey di tenangkan oleh bekas cikgu tadika yang juga adik angkat arwah ayah. Selepas zuhur arwah ayah di mandikan, selepas asar arwah ayah dikebumikan. Along,angah, dan abang cik semua tak sempat jumpa. Mereka minta kebumikan dulu arwah ayah, tak perlu tunggu sebab siksa jenazah jika simpan lama. Arwah ayah pergi tinggalkan kami sebab serangan jantung masa kerja kat kebun getah, ...hujan renyai.. sakit dada tiba2.. ayah ke kebun berdua dengan anak jiran.
" arwah ngadu sakit dada sambil menyebut Allah, Allah, Allah dan sambil mengurut dada, ..kemudian arwah senyap dan terbaring "
Hampir setiap malam aku menangis , rindu pada arwah.., berlarutan hampir dua tahun aku macam tidak percaya arwah telah pergi selamanya. Kadang balik cuti hujung minggu, terbayang ada kat kerusi depan TV, beranda.. kadang bila balik rumah mak sekarang pun terbayang-bayang. Selepas masuk Form 3, jiwa aku bagaikan dibersih sepenuhnya oleh Ibu " kaunselor sekolah". Aku mendapat perhatian ibu sepenuhnya dan ibu banyak membantu. Sehingga lah waktu ini..alhamdulillah sudah 10 tahun lebih arwah ayah pergi tinggalkan kami.
Hidup perlu diteruskan, yang pergi biarlah pergi..utuskan doa dan amal soleh. Yang hidup wajib langsungkan kehidupan, kita juga bakal ke sana akhirnya. Kini hanya ada mak,..hanya ada dia tempat mengadu selain dari along,angah dan abang cik. .. Anak bongsu dan yang paling sekejap dapat merasa kasih sayang arwah ayah... T_T..berbanding dengan adik beradik lain.
" Selamat Hari Bapa " .. usu rindu ayah T_T
|
google |
" laju menitis air mata saat rindu padamu datang wahai ayah " , harap korang semua faham bagaimana rasa rindu seorang anak pada arwah ayahnya.