Followers

Thursday, February 23, 2012

cinta.........tapi baik diam je lah....biarkan

assalamualaikum....

nak cakap pasal ...cinta.. susah juga ya...
kita tak ada ilmu yang luas tentang perkara ni...hahaa.. hanya cakap-cakap pasal benda dari penulisan orang juga.. banyak baca sebab nak tahu......

nak tahu sebab tak nak kecewa lagi.... sakitt ooo....susah kalau dah suka...tapi biar kan la... cinta tapi baik diam sajalah....



DIAM ITU LEBIH BAIK.
"Diamku, bukan kerana membenci kehadirannya tetapi ingin menjaga kesuciannya. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.
Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa.
Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?
Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra?
Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin Allah S.W.T, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah." ..iluvislam.com
Bisik hatiku:
"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."
"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik."iluvislam.com

Ketahuilah wahai kekasih,
Jika lelaki itu dilukai, dia juga takkan melupai.
Jika kekasih itu disayangi, dia akan menghargai.
Jika lelaki itu menangis, bermakna tiada yang lain selain dirimu.
Tangisan lelaki itu paling sukar melainkan pada yang sangat kasihkannya.


aahhhh...apa susah...redhaa je lah... kalau betul dia takdir kita, jangan risau.... mungkin ada yang lebih baik untuk diri kita... dan mungkin ada yang lebih baik untuk dia... berdoalah semoga takdir yang lebih baik akan memihak kepada kita......

No comments:

Post a Comment