Followers

Tuesday, October 11, 2011

TUJUH 'C' PUNCA SUAMI BENCI ISTERI





ASSALAMUALAIKUM....... 


NAK KONGSI NI, PASAL KEHIDUPAN WANITA,... PASAL LELAKI NANTI LAH...
HEHEHE...WANITA KAN LEBIH RAMAI ...SO..LADY FIRST..:)


SEBAB APA SUAMI BENCI ISTERI ATAU PUN LELAKI BENCI PASANGANNYA



GERAMMM NIEHHHH!!!!!!....








PERTAMA


C1. CABAR 
AKU LIBASSS KANGGG.....ADA HATI NAK KAWIN LAGI

Lelaki mempunyai EGO mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata... 





KEDUA


C2. CABUL 
alamak terlepas cakap...dah...macam mana ni

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata-kata isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua, pada suami





KETIGA


C3. CELUPAR 
maafkan mak kasimm..eh..eh eh ,  mak mertua ke isteri ni.....hehehehehe

Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.  suami jadi tawar hati dengan sikap isteri





KE EMPAT


C4. COMOT 

Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yang comel-comel aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun. depan suami kat rumah selekeh, suami balik kerja tengok isteri berkembang...hemmm hilang semangat.....hehehe


KE LIMA



C5. CEMBURU 

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit-sikit dok telefon suami kat tempat kerja, ganggu fokus suami tengah kerja.  Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan, mudah buruk sangka pada suami/pasangan



KE ENAM



C6. CEREWET 

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang high class aje. Restoran nak ada air-cond aje. 


KE TUJUH


C7. CINCAI 

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang, masuk parit, tapi mak duk lepak depan tv lagi, mak duk lepak dengan kawan-kawan majlis tingkap dia lagi.... kerja gossip...lagi


nasihat dari: Dr.Fadilah Kamsah




7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada waktu-waktu tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 7C tu. Fikir-fikirkan lah





4 comments:

  1. bukan mencari yang sempurna tetapi mencari seseorang yang dapat menjadikan diri kita sempurna..kalau dah memang dapatnya begitu berusahalah mengubah isterinya ye..lelaki yang baik untuk wanita yang baik..insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete