Followers

Monday, September 16, 2013

SIAPAKAH MEREKA YANG HARUS KITA FAHAMI ?



Assalamualaikum....

Setiap orang pasti menyembunyikan sesuatu daripada kita..samada kecik atau besar.. baik atau pun buruk..kita harus memahami orang



1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil yang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh, dia sebenarnya seorang yang mempunyai jiwa yang sangat sunyi.

2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia orang yang kuat bersedih.

3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara, bermakna dia menyimpan seribu rahsia.

4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan airmata, dia seorang yang lemah.

5. Kalau senang menangis meskipun benda yang kecil sahaja, dia seorang yang berhati lembut.

6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun perkara sekecil kuman, itu bermakna dia perlukan kasih sayang.

Berusahalah untuk memahami orang lain, selepas kita memahami diri kita sendiri. Bukan 100% betul, tetapi ada benarnya juga....

Wednesday, August 21, 2013

Simpan Duit : Duit Hantaran Tinggi VS Duit Deposit Rumah Mahal...



Assalamualaikum ....

Sejak tengok kawan-kawan dah ramai nikah a.k.a kahwin ni, terdetik juga bilalah sampainya waktu untuk kita nikah macam dia. Nampak meriah kawan-kawan semua datang, sedara mara semuakan. 



Tapi harap maklum kos hantaran semakin mahal beb!!.. Lepas SPM je RM10000...adoi... mahal. Kalau cantik ilmu penuh di dada berbaloi la installment mahal...yer dak ? ni tidak..ilmu berhadas pun tak reti. acane tuh ? .... Bukan nak kata kita demand..tapi biar padan lah dengan future wife demand hantaran tu.. haaaa.. adil tak ?..






Kos sara hidup dah tinggi, deposit nak beli rumah pun nak nya 20-30K kan..rumah yang agak selesa lah. Apa pendapat korang...nak simpan duit untuk deposit rumah dulu atau simpan duit untuk nikah dulu. Harga rumah makin hari makin tinggi... harga isteri makin hari...makin susut..ekekeke... Sama naik harga  hantaran tuh. Penangan bakal mak mertua punya tangan...makin menjadi-jadi harga anak dara dia...adoi.

Atau pun simpan duit nikah untuk nikah dulu, menyewa rumah dulu setahun dua kemudian simpan duit sama-sama dengan orang rumah untuk deposit rumah baru ? haa...korang pikir macam mana .... Kurang sikit beban yer tak... nak best lagi carilah bini yang kerja kerajaan.... Dapat pinjaman kerajaan.. satu loan isteri, satu loan hubby dia. Ada dua rumah...bina asset untuk dapatkan pendapatan lain.. :).. Hold setahun dua rumah tu, dan jual...hahaaha.. dapat huntungg!!... 

Kurangkan liabiliti...Banyakkan Aset.. :) 

Monday, August 19, 2013

SUPRIMA S : TOKEY SOKONG KERETA TEMPATAN

Assalamualaikum.....

Lama sangat tak update blog, tak ada masa sangat nak melepak kan diri kat blog sebab komitmen kerja. Buka blog pun masa rehat kat pejabat sejam je, balik rumah tak ada internet lagi. .. :)


sumber : www.carlistglobal.com
 PROTON ..nama dah agak popular kat luar negara..siap ada fans club lagi. Tahniah dengan produk baru.
Teringin nak test drive....

Proton ...semakin hebat dengan produknya. Dekat Australia pun dapat 5star ANCAP...kereta asean lain antara yang terbaik la.. Preve dan Suprima S.. Bagi yang kaki kondem produk tempatan tu memang selalu ada benda yang tak kena . Ada saja nak komen, nak nilai pun masih awal lagi kan. Tengok dulu setahun 2 penggunaan macam mana, kalau nak bandingkan dengan jenama luar negara seperti VW memang tak lah. Atleast lebih baik dari Vios tu.. yer tak ? 

Serius aku suka jugak Suprima S ni.. tempat letak barang dia besar kat belakang, gaya sport skit.. Tengok setahun 2 lagi, dah ada aksesori lain mesti lawa nak hias-hias.. Nak beli kreta lain lagi mahal kat Malaysia ni, tak kisah la janji support kereta tempat. Jangan nak kondem saja je, kalau poket tu dah berkepok..banyak sangat duit beli la BMW tu kan. Tapi kalau duit kopak..kondem kereta proton..tapi last2 pakai proton jugak buat apa ? kan..... 

sumber : babyaimacomel.blogspot.com


sumber : funtastik.net

TURBOCHARGED 1.6L ENGINE

The turbocharged 1.6 litre CamPro engine delivers 138 hp and 205 Nm of torque spread over a wide power band. The turbocharger gives the Suprima S the reserve performance of a 2.0 litre engine with a 1.6 litre fuel economy.
HANDLING BY LOTUS
With Lotus Handling, PROTON gives drivers the confidence and comfort to deal with all road and weather conditions
5-STAR ANCAP
The Suprima S received the maximum safety rating of 5-Star from the Australasian New Car Assessment Program (ANCAP), giving you the assurance of premium safety
LEATHER UPHOLSTERY*
Anthracite leather covers the seats, wraps the steering wheel and accents the gearknob as well as the hand brake lever to give it a purposeful and modern feel.
*Available in Premium variant only.

Pada pendapat korang? bagi saya kereta ni ok...








Tuesday, July 30, 2013

Salam Aidilfitri , Maaf Zahir & Batin :)

Assalamualaikum....Bismillahirahmannir'rahim

Salam ramadan ..salam rindu .. :) bersemak dan berhabuk dah kat blog ni. Lama jugak la tak jenguk sebab dah sibuk dengan kerja sebagai Part-Time Engineer. Walaupun sekejap baik kerja juga paling tidak pun dapat guna gaji buat beli baju raya, bagi mak untuk duit raya dia dan tak lupa isteri pun nak jugak tu. Isteri pun dah nak sampai due date, tak bagi kan tak dapat jalan husband dia..keh3... Kita dah besor panjang ni kena la belajar bagi duit raya kat mak, masa kecik-kecik dulu mak yang bagi kat kita ataupun abang kakak pak cik mak cik yang bagi. Sekarang dah kena terbalikkan, kena bagi kat mak,..abang kakak tak payah la..hahaha. Anak-anak buah..yang sangat ramai tu..haha. 


Sekarang dah kerja kan walaupun gaji kecik je sebab part time kan.. :) ..kena la bagi sikit duit kat diorang tu, tak banyak pun tak apa. Sikit pun jadi la, supaya budak-budak akan ingat.

" ehy...ini duit raya paksu bagi tau!!! "...ekekeke

Dan selepas ni mungkin sibuk sangat, tak sempat dah nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kat saim-saim, oleh itu masa bos tak ada kat opis ni la..tertaip entry kali ni.. :) alhamdulillah tempat kerja ok, bos pun baik je..macam abang sendiri dah.. :)

Dah dua kali raya balik jauh ..dari J.Bahru ke Kuala Krai , Kelantan... Mungkin juga tahun2 selepas ini pun kalau dah dapat kerja tetap kat kawasan Johor ni.

ok la..next time jumpa lagi.. Selamat Hari RayaAidilfitri...Maaf Zahir & Batin...




p/s : raya tahun ni harap lagi meriah dari yang lepas.. :)

Tuesday, July 9, 2013

SALAM RAMADAN " CARA SOLAT TERAWIH SENDIRIAN"

Assalamualaikum...Bismillahirrahman'nirrahim..

Hem..lama sangat dah rasanya tak singgah dan melawat kat sini.. Rindu jugak, maklumlah sibuk dengan training software dari Kampus UMP..goverment offer.joint je lah.

" SALAM RAMADAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM, DAN JUGA PADA KENALAN YANG MENGENALI "




Kat mak dah awal lagi ucap. Ramadan kali ni pun tak banyak masa berpuasa dan berbuka kat rumah mak, kena kerja.. kumpul duit, yang pasti raya mesti kat rumah mak  :) ..


Adakala kita tak sempat nak terawih berjemaah di masjid sebab balik kerja lewat dan sebagainya. Berbuka pun dalam kereta, mungkin kesesakan atau kesulitan yang lain. Islam itu mudah dan indah. Bagaimana cara penyelesaian yang islam bagi..  iaitu dengan Solat Terawih Sendirian


Bagaimana CARA SOLAT TERAWIH SENDIRIAN ?

Soalan; saya ada dua soalan;
1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;
1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).


2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.


Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).
Wallahu a’lam.

SUMBER : http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/cara-solat-terawih-sendirian.html oleh ustaz Ahmad Adnan Fadzil