Followers

Thursday, May 31, 2012

~~Jika Kali ni Ada Tajuk~~



Assalamualaikum....Bismillah..



~?>> Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

~?>> Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

~?>> Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

~?>> Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

~?>> Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

~?>> Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.....



tungguuu!!..iteww nak colat ugopp...:)


Oleh: Bidadari Firdausi

Wednesday, May 30, 2012


ASSALAMUALAIKUM......BISMILLAH....

aduai...lama tak masuk entry blog...penuh sesawang dah...kan Lana..hehe..
ni la ketika kebosanan melanda...facebook macam tak ada apa je nak...buat, nak tulis status panjang-panjang tak best, baik tulis kat blog ni kan...



hidup jangan tamak....jadi macam semut... kalau tamak kantoi..bontot ada banyak kaler2...:P



jangan terlalu memilih...ini lelaki ke perempuan sama juga....*ni kan blog ore laki ,gambar pun lelaki jugak lah kan..:)



jangan try lah kan....kekadang rasa penat sangat nak study dah... kalau lah boleh bawa masuk seme jawapan dalam exam final......Alangkah bahagia..macam nak kawen je rasa....hak3...


ok lah..ini je nak ngarut..next time lah pulak ea....nak sambung study, exercise....assignment..urghhhh!!!

Tuesday, May 22, 2012

Assalamualaikumm.......Bismillah....

berhabuk..bersemak...banyak sarang labah-labah dah kat blog ni...maklumlah dekat dengan final exam dah pun, masa tak banyak..nak blogging tak sempat....kerja pun banyak nak kena siapkan, lepas final exam kena pergi intership.....SIAPA DUK JOHOR...BAHRU..? tokey dapat intership kat sana.. :), syarikat Gas. 
Alhamdulillah....3 bulan....


 

gambar-gambar ni tokey snap masa kat Kedah..rumah kak.long.. dengan kamera handphone je..edit dikit....*Mat Sudin tu nama kampung...kikiki... nama Fb jugak..:)

Tuesday, May 15, 2012

HUNGER STRIKES DI PALESTIN-MOGOK LAPAR

 Assalamualaikum....Bismillahirrahmanirrahim......



 KITA SEBAGAI MUSLIM WAJIB TAHU......WALAU DALAM SESIBUK MANA PUN.....!!!!


HUKUM HUNGER STRIKES DI PALESTIN:

Mogok lapar mungkin satu-satunya pilihan yang ada pada mereka di sana.

salah satu gambar saudara yang morok lapar
Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan hukum mogok lapar ketika menjawab satu soalan yang diajukan kepadanya mengenai hukum mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel .
al Qaradhawi menjawab :

Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka!!!

Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka!!!

*mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh, sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana, tolong sebarkan ke semua group yANg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita buat. Perang Media!!!


ini gambar yang saya guna untuk DP/display picture pada facebook saya tanda sokongan saya pada perjuangan saudara di sana.....KITA WAJIB BERSAMA MEREKA!!!!

sumber: facebook

YA ALLAH, BERIKANLAH KEKUATAN PADA KAMI UNTUK MENENTANG MUSUH-MUSUH MU...

Sunday, May 13, 2012

ADA MASA KITA PERLU MENANGIS , MENANGISLAH IA PASTI ADA KETENANGAN

Assalamualaikum...Bismillahirrahmanirrahimm
Ampunkanlah aku Ya Allah
Biar airmata kita mengalir menyesali segala dosa..
daripada hanya ketawa tanpa mengira masa.
Biar airmata kita mengalir ketika bertaubat..
daripada tak sempat kerana terlambat.
Biar airmata kita mengalir kerana syukur..
daripada terus terleka dalam kufur.
Biar airmata kita mengalir kerana diberi petunjuk..
daripada tergoda dengan syaitan yang memujuk.
Biar airmata kita mengalir kerana takut api neraka..
daripada terus menjadi hamba Allah yang derhaka.
Biar airmata kita mengalir kerana rindukan syurga..
daripada terpesona dengan dunia hingga diri tiada harga
TANGISAN ADALAH ANUGERAH. TIADA YANG SALAH DENGAN MENANGIS.
JANGAN TAKUT DI TUDUH MANJA

betul ke kalau rindu kat orang mata kita jadi kerdip-kerdip ulang kali ?
lepas tu bulu mata kita jatuh ?
* macam tak leh caya je..macam karut je kan  :)
degup jantung jadi kencang..hahaha..



p/s: kalau kita sangat rindu pada seseorang..apa yang harus kita buat ?