Terfikir tentang diri sendiri, sebagai anak muda adakah kita cukup bersedia dengan dunia sekarang yang semakin sukar untuk kita hadapi. Adakah kita bersama-sama dengan masyarakat lain merasai setiap saat kehidupan disana, atau kita hanyut dalam dunia teknologi kita sahaja.Berbagai berita dan cerita sensasi menjadi bahan di media sosial, pergaduhan, bunuh , jenayah berat, bola sepak dan banyak lagi. Sekali sekala menjadi fokus utama percakapan seharian, jadi " trend ". Cuba fikir dan renung seketika, dimanakah kita.
Adakah kita bersama-sama dalam dunia mereka ? atau hanya dalam dunia maya ..
Anak muda sekarang dah tidak macam dulu-dulu lagi. Cuti balik kampung, makin kurang masa untuk sembang dan duduk bersama dengan orang-orang tua kampung. Bancuh kopi, main dam...tengok hindustan macam dulu-dulu. Sekarang semua sibuk dengan gajet,..hp,iphone, samsung..sony..alcatel rebat tu,, tengok pun drama korea dah. Tak layan dah tamil macam dulu-dulu. Itu lah hakikat dunia sekarang.
Jangan kita ingat perkara dan masalah sosial yang berlaku sekarang tiada kaitan dengan kita. Fikirlah sejenak, fahami masalah yang berlaku ini mungkin disebabkan oleh kita golongan muda sekarang. Kita kurang kerahkan tenaga muda
kita dengan baik untuk membantu masyarakat ke arah yang lebih baik.
Modal insan kita kurang untuk memajukan negara dari segi sosial dan ekonomi. Teruskan usaha majukan diri untuk bantu masyarakat sekeliling kita. Orang yang berjaya adalah orang yang boleh tingkatkan sosioekonomi sekitarnya dengan usahanya sendiri.
sumber :http://dakwahmakandalam.blogspot.com