Followers

Tuesday, July 30, 2013

Salam Aidilfitri , Maaf Zahir & Batin :)

Assalamualaikum....Bismillahirahmannir'rahim

Salam ramadan ..salam rindu .. :) bersemak dan berhabuk dah kat blog ni. Lama jugak la tak jenguk sebab dah sibuk dengan kerja sebagai Part-Time Engineer. Walaupun sekejap baik kerja juga paling tidak pun dapat guna gaji buat beli baju raya, bagi mak untuk duit raya dia dan tak lupa isteri pun nak jugak tu. Isteri pun dah nak sampai due date, tak bagi kan tak dapat jalan husband dia..keh3... Kita dah besor panjang ni kena la belajar bagi duit raya kat mak, masa kecik-kecik dulu mak yang bagi kat kita ataupun abang kakak pak cik mak cik yang bagi. Sekarang dah kena terbalikkan, kena bagi kat mak,..abang kakak tak payah la..hahaha. Anak-anak buah..yang sangat ramai tu..haha. 


Sekarang dah kerja kan walaupun gaji kecik je sebab part time kan.. :) ..kena la bagi sikit duit kat diorang tu, tak banyak pun tak apa. Sikit pun jadi la, supaya budak-budak akan ingat.

" ehy...ini duit raya paksu bagi tau!!! "...ekekeke

Dan selepas ni mungkin sibuk sangat, tak sempat dah nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kat saim-saim, oleh itu masa bos tak ada kat opis ni la..tertaip entry kali ni.. :) alhamdulillah tempat kerja ok, bos pun baik je..macam abang sendiri dah.. :)

Dah dua kali raya balik jauh ..dari J.Bahru ke Kuala Krai , Kelantan... Mungkin juga tahun2 selepas ini pun kalau dah dapat kerja tetap kat kawasan Johor ni.

ok la..next time jumpa lagi.. Selamat Hari RayaAidilfitri...Maaf Zahir & Batin...




p/s : raya tahun ni harap lagi meriah dari yang lepas.. :)

Tuesday, July 9, 2013

SALAM RAMADAN " CARA SOLAT TERAWIH SENDIRIAN"

Assalamualaikum...Bismillahirrahman'nirrahim..

Hem..lama sangat dah rasanya tak singgah dan melawat kat sini.. Rindu jugak, maklumlah sibuk dengan training software dari Kampus UMP..goverment offer.joint je lah.

" SALAM RAMADAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM, DAN JUGA PADA KENALAN YANG MENGENALI "




Kat mak dah awal lagi ucap. Ramadan kali ni pun tak banyak masa berpuasa dan berbuka kat rumah mak, kena kerja.. kumpul duit, yang pasti raya mesti kat rumah mak  :) ..


Adakala kita tak sempat nak terawih berjemaah di masjid sebab balik kerja lewat dan sebagainya. Berbuka pun dalam kereta, mungkin kesesakan atau kesulitan yang lain. Islam itu mudah dan indah. Bagaimana cara penyelesaian yang islam bagi..  iaitu dengan Solat Terawih Sendirian


Bagaimana CARA SOLAT TERAWIH SENDIRIAN ?

Soalan; saya ada dua soalan;
1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;
1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).


2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.


Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).
Wallahu a’lam.

SUMBER : http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/cara-solat-terawih-sendirian.html oleh ustaz Ahmad Adnan Fadzil