Followers

Tuesday, March 26, 2013

cucu mok mah...dan arwah Tok wi




Assalamualaikum..waris keturunan Che Eshah Binti Nazeer dan Arwah suami Abdullah Bin Awang
FIRDAUS


IZAT

ZUL

YAPIQ/ AFIQ

AYIE

ABE HELMI

ABE CIK A.K.A HAIKAL

KAKAK SYIFA

ADIK WAN

ARIF TAHU BELAKO.. :), ARIF HAKIMI

p/s: sorang lagi anak abg rizal yg paling kecik..tak ada gambar dalam simpanan...  keseluruhan 11 orang.., 10 lelaki, seorang jah perempuan...

10 perkara wajib kita lakukan sebelum nyatakan hasrat untuk nikah


Assalamualaikum.. 

Ramai dah sahabat teman belajar masa SPM dulu dah nak nikah. Cuti sekolah bermula 23-31 march 2013 banyak sangat kenduri kahwin. Orang ramai ambil kesempatan cuti sekolah untuk buat kenduri. Kawan sekelas SPM dulu pun langsung 29 march ni. Malangnya tak sempat nak balik, cuti tak dapat. Diorang semua dah bekerja dan saya masih belajar. Ada juga kawan-kawan yang lain dapat balik, sebab kebetulan mereka juga cuti pada tarikh yang sama. Rindu jugak kawan-kawan SPM dulu. 

Mengenai perkara nikah kahwin ni, kita perlu sediakan diri kita sebaik-baiknya. Yakinkan ibu bapa bahawa kita telah bersedia.
Ada 10 perkara yang kita perlu buat sebelum menyampaikan hasrat kepada ibu bapa kita yang kita sudah sedia untuk berumahtangga..


1. Anda perlulah memiliki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya dibuat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat kepada ibubapa anda dan ibubapa pasangan anda.

2. Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama. Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja.

3. Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda. Pastikan solat cukup, rajin membaca al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa jua situasi.

4. Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi kepada Allah S.W.T.

5. Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih belajar, anda boleh mulakan berniaga kecil-kecilan. Ataupun anda boleh bekerja part-time beberapa jam sehari atau di hujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak menganggu prestasi pelajaran anda!

6. Jika anda berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat belajar, barulah anda letakkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah, jika pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah. Sama-samalah berusaha dan tahu tanggungjawab masing-masing.

7. Tanggungjawab sebagai suami isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan. Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri.

8. Nyatakan secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara hidup ketika anda sudah berkahwin kelak.

9. Bawalah pasangan anda ke rumah anda untuk makan malam bersama dan kenalkan dia kepada mereka.

10. Akhir sekali bincanglah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ini perlulah secara lemah-lembut dan perlahan. Mereka mudah terasa dan sensitif.



p/s : enjoy dulu..puas2.. dah sampai masa dan cukup bajet baru pikir.... :)

Saturday, March 23, 2013

HIDANGAN ISTERI

Assalamualaikum...

Dalam hidup kita perlu memahami dan pandai mengambil hati pasangan, samada lelaki dan perempuan ianya sangat penting. Yang paling mustahak, buatlah agar cinta semakin utuh setiap saat dalam hidup :)



[ Alkisah Sebuah Hidangan Isteri…]
Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggan. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.



sumber: CINTA SELEPAS NIKAH ..

p/s : setiap orang mahukan keluarga macam ni kan... :)

Friday, March 22, 2013

PUJUKLAH DIRI

ASSALAMUALAIKUM


SEBAGAI MANUSIA BIASA KITA TIDAK PERNAH DAPAT LARI DARI PERASAAN SEDIH DAN KECEWA. BAGAIMANA IA DATANG KITA TIDAK DAPAT HURAIKAN SECARA ILMIAH TETAPI KITA TAHU IA ADALAH SUATU PERASAAN...




Pujuklah diri, putus cinta mungkin juga disebabkan:

1. Allah ingin temukan jodoh buat anda yang lebih baik.
2. Allah akn kembalikan semula dirinya bila dia jadi lebih   
    baik atau anda jadi lebih baik.

3. Kafarah kepada dosa-dosa kita. Untuk kita lebih dekat
    kepada-NYA.

Wednesday, March 20, 2013

Belanja nikah ikot rukun, sunnah dan semasa...


Assalamualaikum...

Hari semalam, cousin ada chit chat...minta cari calon untuknya.Sampai masanya dah kot dia nak berumah tangga. Yang jadi masalahnya, sepupu ni meminta cari calon pada orang yang salah. Nak tolong cari calon untuk orang, calon sendiri pun tak lepas lagi, asyik-asyik gagal aje nih.. Susah juga tau. memang jodoh dah ada, tapi kena ikhtiar juga kan. Betul juga, mungkin sebelum ni bukan masanya lagi. Mungkin ada yang lebih baik selepas ni.  

Bila dah kerja, lepas tanggung mak ..ada simpanan, boleh la kot korang nak bajet-bajet kewangan untuk belanja kawin nanti...





p/s: sumber : shahirul.com

Thursday, March 14, 2013

SAHABAT BAIK MACAM THREE IDIOT

ASSALAMUALAIKUM....

BIARLAH RASA KASIH PADA SAHABAT TAK PERNAH LUPUT, WALAUPUN SAMPAI KITA TUA.....





INI HANYA UNTUK ORANG YANG MASIH BUJANG... :p, ORANG DAH NIKAH TAK IKOT    MASA NI.. DUK KAT BILIK RESORT JE...


YON YON CAT , NASA (TOKEY), SYAM-GANU

THREE "VERY" IDIOT....SOKMO BUAT KERJA GILA..HAHAHA
P/S : ALL IZ WELL... :), KENANGAN BERCUTI PULAU REDANG.. OCTOBER 2012

Tuesday, March 5, 2013

HONDA CR-Z MUGEN RR CONCEPT


Assalamualaikum...

Aku suka kereta macam gini.. sementara hidup bujang..kekekeh









P/S: google source... teringin nak ada kereta lawa macam ni...

Perangai Perempuan Yang Lelaki Suka

Assalamualaikum.....


Perangai Perempuan yang lelaki suka dan sejuk je rasa bila bersama:
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3. Menghargai
Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.

Setia dan Khianat


Assalamualaikum....Bismillahirahmanirrahim...






p/s: belajar dari pengalaman

Sunday, March 3, 2013

People will never stop asking

Assalamualaikum...Bismillahirrahmannirrahim...

 
 
When you're single, people ask about gf/bf.
When you have one, they ask is there any future?
When u have a fiance, they ask about wedding?
When u get married, they ask when will u have a baby?
When u already have one, they ask when is little brother or sister coming?
When u get... divorced, they ask why?
If u moved on, they ask why so quickly?

People will never stop asking...

If you're proud of who u are and u don't care about what people think about you, LIKE it, because it's YOUR LIFE and YOU alone should decide how to LIVE IT.
 
p/s: ada sokmo tak kena,..tapi kehidupan memang macam tu. sebab dalam dunia ni bukan kita seorang je hidup