Salam..apa khabar semua?
Mengenai entri kali ini..peristiwa dan pengalaman raya haji korban baru-baru ni, 17/11/10. Sangat berbangga dapat bantu orang-orang kampung sama-sama potong daging lembu yang disembelih/dikorban. Banyak tengok darah yang tumpah mengalir ke tanah tanda pengorbanan umat islam kepada Penciptanya.
Tapi lain cerita pula dengan aku, aku sendiri pun mengalirkan darah di kaki. Akibat dari sikap cuai menggunakan peralatan sampai betis sendiri terkena parang, koyak kulit nampat putih tulang. Luka sempit tapi agak dalam. Alhamdulillah kat betis( tulang kering) tidak banyak salur darah, menyebabkan pendarahan kaki aku tak banyak. Tapi darah tu sempat juga mengalir hingga ke tumit..
Alkisah nak potong kayu api untuk nak buat bara api, bara api ni nak guna semasa nak bakar satay nanti sebelah malamnya. Potong kayu bila nak magrib, malapetaka menimpa parang makan kaki tuan. Kayu api patah parang terlajak makan kaki sampai berdarah.
Bercerita tentang darah ni, manusia atau vertebrate mempunyai jenis-jenis darah yang tertentu.
Jenis –jenis darah( A, B, AB, O)
Jenis-jenis darah atau kumpulan darah ialah pengelasan darah berasaskan kehadiran atau ketiadaan bahan-bahan antigen pada permukaan sel darah merah.
Manusia juga mempunyai jenis-jenis sel darah iaitu sel darah merah, sel darah putih dan juga platelet darah. Dalam setiap darah, ianya mesti mempuyai tiga komponen sel yang tersebut untuk melengkapi setiap komponen sel darah dalam badan. Setiap tiga komponen sel darah ini mempunyai fungsi yang tertentu dan sangat khusus.
Darah merah ( eritrosit atau hematid )
-Sel darah paling umum dalam vertebrat. Fungsinya membawa oksigen dari paru-paru atau insang untuk dihantar ke seluruh badan
Darah putih ( leukosit )
-sel darah putih, leukosit adalah sel darah yang membentuk komponen darah. Sel darah putih ini berfungsi untuk membantu melawan pelbagai penyakit infeksi/ berjangkit sebagai sebahagian daripada sistem kekebalan tubuh.
Platelet ( trombosit )
-keping darah, plat darah , trombosit atau platelet adalah sel anuklear kecil yang teredar dalam darah yang terlibat dalam mekanisma hemostatis tahap sel yang menyebabkan pembekuan darah( thrombus).
Hah.. ni nak cerita pasal platelet darah ni. Dalam aku punya keadaan, darah aku mengalir dengan perlahan, lepas tu dia terus beku. Maknanya platelet darah aku masih tinggi dan normal.
Nak cerita kesan-kesan kalau kita kekurangan platelet darah:
-jika platelet tidak berfungsi atau platelet darah yang sedikit boleh menyebabkan pendarahan yang berterusan, manakala jika jumlah yang tinggi dan melebihi tahap normal boleh meninggkatkan risiko thrombosis
Penyakit kekurangan platelet darah.
Penyakit ni di kenali sebagai TPI (Trombositopenik Purpura Idiopatik )
Trombositopenik Purpura Idiopatik (Idiopathic Thrombocytopenic Purpura - ITP) adalah sejenis penyakit darah yang jarang ditemui tetapi ia sangat serius kerana boleh menyebabkan pendarahan berpanjangan yang membawa kepada kematian.
Pesakit ITP akan mengalami bengkak dan pendarahan berlebihan. Dalam beberapa kes, pesakit mengalami pendarahan serius seperti di otak yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.
Pesakit ITP akan mengalami bengkak dan pendarahan berlebihan. Dalam beberapa kes, pesakit mengalami pendarahan serius seperti di otak yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.
Rawatan bagi penyakit ni agak susah sebab ianya jarang berlaku, oleh itu tiada cara perubatan yang khusus untuk memastikan penyakit ini boleh sembuh dengan yakinnya. Tetapi beberapa kaedah atau rawatan telah di lakukan sekarang oleh penyelidik perubatan untuk menghadapi penyakit ni.
1. Ubat
Ubat seperti steroid dan immunoglobulin adalah ubat pertama yang akan diberikan kepada pesakit. Ia boleh membantu menambah jumlah platelet dalam darah dengan mengubah aktiviti sistem imun.
Bagaimanapun ubat ini mempunyai banyak kesan sampingan dan masalah boleh berulang. Pengambilan ubat steroid yang berpanjangan boleh menimbulkan banyak kesan sampingan seperti pertambahan berat badan, ciri sindromcushing (leher berlapis), kencing manis, tekanan darah tinggi, osteoporosis, emosi tidak stabil dan cepat berubah, katarak, glaukoma, risiko jangkitan meningkat dan haid yang tidak menentu.
Ubat seperti steroid dan immunoglobulin adalah ubat pertama yang akan diberikan kepada pesakit. Ia boleh membantu menambah jumlah platelet dalam darah dengan mengubah aktiviti sistem imun.
Bagaimanapun ubat ini mempunyai banyak kesan sampingan dan masalah boleh berulang. Pengambilan ubat steroid yang berpanjangan boleh menimbulkan banyak kesan sampingan seperti pertambahan berat badan, ciri sindromcushing (leher berlapis), kencing manis, tekanan darah tinggi, osteoporosis, emosi tidak stabil dan cepat berubah, katarak, glaukoma, risiko jangkitan meningkat dan haid yang tidak menentu.
2. Pembedahan pembuangan limpa (splenektomi)
Kebanyakan pembedahan dilakukan pada pesakit dewasa jika pengambilan ubat steroid tidak menampakkan sebarang kesan. Pembuangan limpa akan menghentikan kemusnahan platelet di dalam limpa tetapi pada masa sama, pesakit terdedah kepada risiko jangkitan sepanjang hayat mereka. Bagaimanapun risiko jangkitan ini boleh dikurangkan dengan mendapatkanvaksinasi sebelum pembedahan.
info: wikipedia, www.sihatselalu.com.myKebanyakan pembedahan dilakukan pada pesakit dewasa jika pengambilan ubat steroid tidak menampakkan sebarang kesan. Pembuangan limpa akan menghentikan kemusnahan platelet di dalam limpa tetapi pada masa sama, pesakit terdedah kepada risiko jangkitan sepanjang hayat mereka. Bagaimanapun risiko jangkitan ini boleh dikurangkan dengan mendapatkanvaksinasi sebelum pembedahan.
gambar: google images, wikipedia, www.sihatselalu.com.my