Followers

Wednesday, June 26, 2013

Big Alley..tempat gersang tapi penuh memori

Assalamualaikum...this place untuk sunset memang cantik.. tapi masa saya pergi xde nya nak sunset sangat dah mula nak jelebu mari....jelebuuu...ohookk3...

Alley construction site...taman teknologi pahang..halal hub park.. berdekatan kampus UMP-Gambang









sebenarnya..kan.. sangat kebosanan entah endak ada idea neh..nak post pasal apa... ... nak tunggu kerja part-time engineer je...18/8 daftar kerja.. lambat lagi tuh.. hemmm

Tuesday, June 18, 2013

Nikah Koboi ..

Assalamualaikum...

Al-kisah hari ini.. bermula dengan senyum..tenang sampai ke petang. Maklumlah final exam susah habis, masa untuk berjimba-jimba la kan. Makan cukup hati senang, sebab ada duit..bisnes.. bisnes... kalau tak ada duit, celaru beb.. " Kalau tak makan, tak boleh buat kerja". 

Ada la sepetang bersama AE "bukan nama sebenar ". Orangnya minat cerita Teduhan Kasih TV3 tu la.. Dah nak kawin si hero dalam cerita tu. Teringin nak kawin jugak..dia. gelak-gelak, gurau ..  dan secara spontan ajak kita kawin koboi. Pun boleh....koboi pun koboi lah..
ON aje abang....hahaha

Nikah koboi yang tokey maksudkan adalah perbelanjaan majlis nikah rendah. Buat majlis nikah tu kecik-kecik je, tak mewah ..jimat kos. Maklumlah semua naik harga sekarang, event tambang bas pun naik 30%.. Sadis betul , nak nikah pun susah sekarang ni. Buat apa majlis besar-besar , cukup syarat ada wali (ayah,baba,papa,dady etc.),saksi, imam/kadi,.. jamuan sikit jemput sedara dan kawan-kawan jadi la. Mewah sangat buat pa..? KOBOI je katanya..buat ringkas/jimat je majlis tu.


" AE....awak best.. hahaha... ",.. kaki berjalan macam kita,


google
dan JANGAN KITA NIKAH KOBOI macam kes kat bawah ni .

Kahwin Sindiket/kahwin koboi

Kebiasaannya, kahwin koboi atau kahwin sindiket sebegini merujuk pada perkahwinan yang dijalankan di kawasan sempadan Thailand atau di mana-mana kawasan lain di Malaysia oleh satu kumpulan atau orang perserorangan yang tidak mendapat kebenaran menjalankan upacara pernikahan daripada pihak berkuasa kerajaan. Kebiasaannya, kumpulan atau orang perseorangan ini akan menyediakan segala kemudahan untuk pasangan melangsungkan perkahwinan termasuk menyediakan saksi dan wali bagi pihak perempuan.
Masalah akan timbul kerana perkahwinan ini diragui kesahihannya dan tidak dapat didaftarkan kerana surat perakuan nikah yang dikeluarkan adalah palsu. (2dayblogger.com)


p/s : jalan terus ke depan.. moga maju.. terus melangkah..AE :)

Sunday, June 16, 2013

Selamat Hari Bapa juga pada Ayah T_T

Assalamualaikum...

Kecik lagi masa tu, halatuju hidup pun belum tahu kemana dan tak tahu pun cita-cita nak jadi apa masa tu. Petang yang damai, cuaca elok..cerah selepas hujan renyai-renyai. Warden asrama datang , meminta tokey ke pejabat asrama. Ada perkara mustahak katanya. Baru seminggu daftar menduduki asrama sekolah menengah , tingkatan satu. Hingus pun meleleh lagi masa tu. Wajah warden asrama serius, 


" awak kena balik rumah, mak awak suruh balik..ada orang sakit " 


Jantung sentap, kencang bagai nak pecah.. fikiran timbul berbagai-bagai andaian.. siapa sakit, sakit apa, serius sangatkah ? Ada seorang pak.cik datang jemput tokey kat asrama sekolah dulu. Mak minta tolong dia. Dengan berbaju melayu, seluar slack hitam. Cemas dan gugup sambil kemas baju dalam beg garfield rm15 hadiah mak beli untuk isi baju bawa ke asrama. Beg tu di penuhkan dengan baju2 penting sahaja. Nak cepat takut tak sempat. Dari sarung helmet sehingga ke tangga rumah dan membuka semula helmet, satu patah kata pun tidak keluar dari mulut. Hanya air mata yang mengalir masa tu. 


Semasa sampai, memang penuh orang kat depan rumah. Mak cik ramai sedang berpayung, pak cik juga penuh dengan yang berkopiah putih. Melihat keranda tepi tangga rumah, jiwa aku luluh , meraung..tangis. Berlari ke atas, emak melihat aku menggalas beg pakaian lagi masa tu. Rebah , terduduk menangis sebak. 


" siapa sakit mak, nenek ka ?, " adik..ayahmu telah tiada lagi..dia bukan lagi dengan kita " 


Allahuakbar....wajah arwah nampak senyum. Mak cakap arwah ayah macam orang tengah tidur, pujuknya jangan nangis, nanti arwah ayah sedih. Siapa mampu tahan, seluruh yang hadir turus menangis melihat aku yang baring atas jasad arwah. 


" kenapa ayah pergi, ayah tak tunggu adik balik asrama dulu ke ? " adik rindu 


Mak pengsan sebab terlalu meratapi arwah ayah, tokey di tenangkan oleh bekas cikgu tadika yang juga adik angkat arwah ayah. Selepas zuhur arwah ayah di mandikan, selepas asar arwah ayah dikebumikan. Along,angah, dan abang cik semua tak sempat jumpa. Mereka minta kebumikan dulu arwah ayah, tak perlu tunggu sebab siksa jenazah jika simpan lama. Arwah ayah pergi tinggalkan kami sebab serangan jantung masa kerja kat kebun getah, ...hujan renyai.. sakit dada tiba2.. ayah ke kebun berdua dengan anak jiran. 


" arwah ngadu sakit dada sambil menyebut Allah, Allah, Allah dan sambil mengurut dada, ..kemudian arwah senyap dan terbaring " 


Hampir setiap malam aku menangis , rindu pada arwah.., berlarutan hampir dua tahun aku macam tidak percaya arwah telah pergi selamanya. Kadang balik cuti hujung minggu, terbayang ada kat kerusi depan TV, beranda.. kadang bila balik rumah mak sekarang pun terbayang-bayang. Selepas masuk Form 3, jiwa aku bagaikan dibersih sepenuhnya oleh Ibu " kaunselor sekolah". Aku mendapat perhatian ibu sepenuhnya dan ibu banyak membantu. Sehingga lah waktu ini..alhamdulillah sudah 10 tahun lebih arwah ayah pergi tinggalkan kami.


Hidup perlu diteruskan, yang pergi biarlah pergi..utuskan doa dan amal soleh. Yang hidup wajib langsungkan kehidupan, kita juga bakal ke sana akhirnya. Kini hanya ada mak,..hanya ada dia tempat mengadu selain dari along,angah dan abang cik. .. Anak bongsu  dan yang paling sekejap dapat merasa kasih sayang arwah ayah... T_T..berbanding dengan adik beradik lain. 


" Selamat Hari Bapa " .. usu rindu ayah T_T


google


" laju menitis air mata saat rindu padamu datang wahai ayah " , harap korang semua faham bagaimana rasa rindu seorang anak pada arwah ayahnya. 



Friday, June 14, 2013

TIP MUDAH UNTUK PEMANDU WANITA

Assalamualaikum...

google

Kebanyakan wanita yang memandu kenderaan khususnya ketika bersendirian, sering kali leka memikirkan soal keselamatan. Masalah betul..kan..
Kebanyakan kes ni berlaku bila wanita/perempuan ke tempat yang jarang mereka pergi.

Mungkin panduan kat bawah ni sesuai untuk anda.. :) 

1.Jika anda meletakkan kenderaan, pilihlah parkir yang terbuka, tidak di tempat tersorok dan menjadi laluan orang ramai.

2.Pastikan bahagian depan kenderaan anda tidak menghadap bangunan. Ini bagi memudahkan anda mengendalikan kenderaan sebaik sahaja mahu keluar dari petak parkir dan sekaligus memudahkan anda bertindak jika berlaku kejadian tidak diingini.

3.Kunci kenderaan sebaik sahaja anda memasuki kenderaan dan jangan layan kehadiran orang tidak dikenali yang cuba mengetuk pintu kenderaan anda. Kadang-kala itu hanya helah untuk mereka mengambil kesematan.

4.Pastikan beg tangan atau bekas barangan berharga tidak diletakkan di atas kerusi penumpang atau bahagian belakang kerana ia mudah dilihat oleh orang tidak bertanggungjawab.

5.Ketika meninggalkan kenderaan di petak parkir pastikan barangan berharga tidak ditinggalkan di dalamnya.

6.Sebaik mungkin jangan letakkan permainan seperti beruang atau barangan yang menggambarkan kereta anda dimiliki oleh seorang perempuan kerana penjenayah akan menjadikan kenderaan itu sebagai sasaran mudah.

7.Pastikan telefon bimbit anda berfungsi dan anda telah berfikir akan menghubungi nombor kenalan atau pihak berkuasa secara segera bila dalam keadaan kecemasan.

8.Jangan cuba melawan provokasi pemandu lain ketika memandu kerana ada kemungkinan anda akan diekori kerana anda seorang wanita.





p/s: sumber dari fb veteran VAT69..keh3...

Bahagia apa pun kita

Assalamualaikum....

Walaupun apa keadaan kita, kita pun boleh dan berhak untuk rasa bahagia.
Kaya dan mewah belum tentu bahagia, miskin dan daif tapi kita berasa tenang, bahagia dengan kehidupan kita. Nikmat yang paling besar adalah sihat wal-afiat...




p/s : picture...fb, gambar ini boleh memberi kita maksud tersirat  :)