Followers

Wednesday, November 28, 2012

" Ditelan mati emak, Diluah mati bapa "

Assalamualaikum...Bismillah

 " Ditelan mati emak, Diluah mati bapa "

Keadaan yang amat serba salah. Peribahasa ini cukup untuk menggambarkan satu situasi dimana manusia berada dalam keadaan tersepit di antara dua keadaan atau antara dua pihak atas sebab-sebab tertentu. Mak dan bapak atau lebih manis disebut ibu ayah adalah satu contoh untuk menceritakan bahawa kedua-duanya adalah sama penting, sama bernilai.Tuhan menjadikan setiap ujian itu manusia dapat pikul, tak ada yang melebihi kemampuan manusia. usaha, tawakal dan berdoa pada Tuhan.kita tunggu dan lihat. Manusia yang beriman akan sentiasa yakin akan pertolongan Tuhan. kalau kita  pernah buat salah, kena berani tanggung. kerana manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. kalau tak pernah buat, itu bukan manusia. kalau apa yang kita buat itu betul, tidak perlu takut, sebab kebenaran akan mengatasi kebatilan. Kebenaran itu adalah haq. kalau apa yang kita buat itu kita rasa betul, akan ada ganjaran dari Tuhan yang akan kita peroleh.

Memang bila kita menghadapi dilemma bila berdepan situasi seperti ini dan ia amat merunsingkan tapi selagi kita berfikiran rasional kita akan cuba mencari jalan terbaik menangani isu berkenaan. Keseimbangan mental dan fizikal adalah penting untuk memberi semangat dan motivasi dalam diri. Namun begitu haruslah diingat bahawa akal dan tindakan insan juga ada kelemahannya. pokoknya kita harus mencuba sedaya upaya dan yang terbaik bagi menghadapi perkara tersebut.

Susahnya nak hadapi situasi ni, sekarang baru aku faham. Setiap orang dugaannya berbeza-beza. Sedih hiba, Allah sahaja yang tahu. Hanya dia tempat mengadu. Apakah harus aku pergi buat seketika untuk meredakan keadaan, namun pasti SANGAT MERINDUKAN KASIH SEORANG IBU. Arwah ayah telah lama pergi, hampir 10 berlalu. Hanya ibu yang ku ada, tempat mengadu kasih seorang anak, berkongsi cerita... Tapi apakah dugaan sebegini yang harus ku terima, berjauhan, menjauhi kasih ibu yang kita sangat-sangat sayang atas perkara telah berlaku. Demi mengubat hati kecewa dan terkilan......

" Rindu Pada Kasih Ibu Yang Harus Ku Pendam "


" pahit derita harus ku telan, kerana kasih pada seorang ibu... biarlah kita merindu dahulu mek, usu sayang mek, tiada ganti dalam dunia ni sebab hanyamu yang melahirkan diri ini... "

Aku belum bersedia menerima....orang baru dalam keluarga


Saturday, November 24, 2012

Tanda-tanda Anak Bijak

Assalamualaikum....Bismillah..

Setiap ibu bapa atau keluarga mahukan seorang anak yang bijak pandai. Bila berkeluarga itulah yang menjadi harapan bila dah besar nanti. Jadi anak yang soleh, orang baik-baik dan ingat jasa ibu bapa. Oleh itu kita dapat melihat tanda-tanda anak kita mempunyai keistimewaan tersebut dengan beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan :.


jom kita kongsi 10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak :-


1. Mengekalkan Maklumat

Jika kanak-kanak biasa bagaikan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’ apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain. Minda kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

2. Minat yang meluas

Minda anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah seterusnya.

3. Membaca dan Menulis di awal usia

Anak anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.

4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik

Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.

5. Menunjukkan Konsentrasi

Kanak-kanak biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan konsentrasinya terhadap sesuatu.

6. Mempunyai ingatan yang baik

Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.

7. Susun kata yang maju berbanding usia

Kanak-kanak yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.
Misalnya anak-anak berusia 2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya anak-anak bijak ini akan berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka membuat bising di rumah kami’. Berbeza bukan?

8. Memberi perhatian yang terperinci

Kanak-kanak yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu berubah kedudukan dan sebagainya.

9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya

Kanak-kanak di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah dirinya.

10. Memahami konsep yang rumit

Kanak-kanak yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit, melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak. Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.

p/s: ibu cakap.. dia pun nak anak ayah macam ni.. semua di atas.. :P

Thursday, November 22, 2012

Majlis Bertunang Orang, Kita tengok je dulu okay!!

 Assalamualaikum...Bismillah


Tokey nak tanya.. apa senarai barang keperluan untuk majlis bertunang.. ? sebab ada kawan nak bertunang.. dia nak dipinang orang dah. Oleh itu, pihak lelaki perlu menyediakan barang-barang atau hantaran meminang kan..

hak tokey tau... 1 cincin merisik, 1 cincin tunang... hak lain.. ambo tak tahu


sumber google images

siapa boleh tolong nyatakan senarai majlis bertunang..
majlis tak besar, sederhana dan bersahaja... simple and steady gitu  
tempoh bertunang haruskah lama atau dalam jangka masa 3 hingga 4 bulan sahaja?


Ketika kamu mencintai seseorang, jadilah alasan dia tersenyum, bukan alsan dia terluka dan tak bisa lagi mencinta. Read more at: http://gocengblog.blogspot.com/2012/02/kata-kata-cinta.html Copyright by gocengblog.blogspot.com Terima kasih sudah menyebarluaskan aritkel ini
" Kamu bukanlah yang pertama untukku, tapi berharap kamu yang terakhir bagiku "
Ketika kamu mencintai seseorang, jadilah alasan dia tersenyum, bukan alsan dia terluka dan tak bisa lagi mencinta. Read more at: http://gocengblog.blogspot.com/2012/02/kata-kata-cinta.html Copyright by gocengblog.blogspot.com Terima kasih sudah menyebarluaskan aritkel ini
Ketika kamu mencintai seseorang, jadilah alasan dia tersenyum, bukan alsan dia terluka dan tak bisa lagi mencinta. Read more at: http://gocengblog.blogspot.com/2012/02/kata-kata-cinta.html Copyright by gocengblog.blogspot.com Terima kasih sudah menyebarluaskan aritkel ini

saya nama - "YaYa"


p/s: orang bertunang..kita tengok je dulu...Uwang enggak ada!!

Tuesday, November 20, 2012

Boikot tak praktikal? Habis tu apa yang kau mampu buat? !!

Assalamualaikum...Bismillah...

Kita bersenang-senang disini, mereka dalam derita disana... Ya Allah,lindungilah Saudara Palestine dan Syria.. 

Apa yang kita mampu bantu dalam isu serangan Israel yang laknat tu ke atas GAZA?
Boikot..

"Boikot-boikot ni tak praktikal..." kata seorang teman kepada saya baru-baru ini.
"Mengapa?" tanya saya.
"Kalau kita boikot produk-produk tu, kita juga yang susah. Bukankah anak-anak kita juga yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan?" jawabnya dengan satu soalan.
Saya terdiam. Ada logiknya.
"Kita belum kuat, jangan cari penyakit,

"tambahnya lagi.
"Kalau begitu bagaimana kita hendak melahir
kan kebencian tehadap Zionis?" kata saya.
"Perlukah kebencian dilahirkan?"
"Kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya?"
Dia pula diam.
"Kalau awak tak setuju dengan kempen boikot produk Yahudi ni...ada cara lain?"
"Kita tak boleh buat apa-apa,"ujarnya selamba.
 
Sikap inactivenya itu mengingatkan saya satu kisah yang saya dengar diceritakan dalam satu rancangan TV9 oleh Ustaz Zamri "Mantop" satu ketika dahulu. Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu.
Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.
"Apa gunanya air yang setitis itu?" Burung besar menyindir.
"Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim," jawab burung kecil.
"Ha..ha..ha usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi.
Anda tahu apa jawapan burung kecil?
Jawapannya begini:
"Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu..."
Mendengar jawapan burung kecil itu, sekalian burung yang besar terdiam.
Ya, kalau kita umpama "si burung kecil" dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi... siramlah walau "setitis air" untuk memadamkan keganasan.

Carilah BUKTI dan SAKSI keperihatinan kita terhadap nasib umat Islam dihadapan Allah nanti.

Share this article.

Petikan dari buku "Beduk Diketuk - Pahrol Mohd Juoi (Telaga Biru)


Sunday, November 18, 2012

Ayah lupa la Ibu, kat mana kereta kita tadi?

Assalamualaikum..Bismillahirahmannirrahim.....

Siapa baru pandai memandu atau baru dapat lesen? atau jarang sangat bawa kereta tapi lesen lama dah ada. Lesen tu dah boleh buat hiasan dalam dompet/wallet. Mungkin kerana jarang memandu dan biasa orang lain yang memandu untuk kita, kita mungkin hadapi perkara ni.

 

siapa pernah terjadi...? hahaha.. serius beb..Tokey pernah.!!. keluar bandar. parking kereta kat bangunan bertingkat, bajet ingat la konon... sekali " eh, betol ke parking kat sini,..? " , " mana kereta, macam parking kat floor ni tadi..."  Oleh keadaan sekitar setiap tingkat /floor parking kereta hampir sama, kita mungkin keliru dengannya. oleh demikian, take note nombor tiang parking tu ya..atau kalau dah nyanyok sangat snap je gambar tiang tu...kih3

p/s : bawa awek pergi jejalan bandar, kereta lupa parking kat mana...siapa pernah?? cepat ngaku!!..hahaha