Followers

Monday, February 28, 2011

~~PENATNYA BERJALAN~~

salam..sungguh pengalaman hidup.... jauh perjalanan, luas pandagan, banyak pengalaman... tiga sekawan

penat seharian.... lepas balik dari tioman kemarin...... badan masih sakit-sakit rasa macam nak demam.. berdegil jugak nak pergi kemaman ambik barang kereta... dekat KSB( Kemaman Supply Base ).. ambil peluang ikot.. dapat kenal tempat KSB...dapat join terus sambil beli barang-barang kat Mydin...

AL-kisah di Mydin....
bajet nak beli barang dalam rm50 je... terlebih.. terpaksa pinjam member punya... 
yang member aku pulak nak beli barang permainan Table game ( Saidina ).. price tag tunjuk rm12.90.. bila bayar keluar resit segala,,, bila kat kreta tengok-tengok menatamm tuh * Saidina dekat rm 40...>> rm39.90.. hampehh kene tipu ngan price Tag kat MYDIN!!!!!!

hak sorang lagi terukkk... lawak lawak lawak......

alkisah beli glove...kawan lagi sorang, nak beli glove jenama kevlar Mydin... cakap pasal hoki... nak beli untuk hoki lah konon.. tak jadi... tapi beli jugak untuk guna bila naik motor bejalan jauh.. tapi yang lucu... bila dah beli, bayar.... bila kami kat tempat nak repair kereta tadi sekejap....buka la glove tu.. aku try sebelah sebelah kiri... ketat gila... tak muat nak masuk tangan..kene paksa-paksa..

bila try sebelah kiri... ada lagi sebelah... korang agak-agak sebelah satu lagi belah mana??
..
..
..
..mesti sebelah kanan kan??
..
..
..
..
...............
 tapi salah!!!!!

aku tengok si member lagi cuba pakai tu sebelah kiri jugak... sedangkan aku dah cuba pakai tadi dah sebelah kiri....
* eh... aku try sebelah kiri, mu try pun sebelah kiri.. mana hak sebelah kanan.....???
muahahahahaha bodohhhhhh beli glove dua-dua sebelah kiri......kahkahkahkah... sengalll la ...
beringat-ingatlah bila beli barang kat Mydin dengan price Tag dan barangannya...

lepas kisah Mydin....

penat-penat..berjalan kaki.. cari minyak petrol..kereta habis minyak bila lepas solat magrib.. on the way nak balik ke bengkel kereta..

jarak ke stesen minyak dekat 2km bila kira-kira berjalan pergi dan patah balik... 4km kami berjalan kaki cari minyak...penat uhhh.... macam bangla dah bawa botol nak isi petrol *member aku cakap...

kisah perjalan hari ini sampai terlepas kuliah malam ...aduhai...

 ISNIN  28/2/2011

Wednesday, February 23, 2011

Bahaya Mabuk Semasa Memandu

salam...aduhai pun...
ni nak cerita pasal mabuk ni... semasa aku dengan kawan-kawan keluar minum , lepas test kiranya nak hilangkan tekanan. Masa nak balik, ingat si kawan ni nak lah isi minyak kereta, tetiba ada kerata Volvo C70..kereta MAHAL kot... perlahan je..lepas tu berhenti secara perlahan . Perlahan-lahan tu tak apo dah, tapi masalahnya bukan berhenti di tepi jalan tu... tuan punya kereta VOlvo Mahal 2 PINTU ni berhenti kat tengah jalan.. kejadian ni berlaku sekitar GAMBANG depan setesen minyok BHP 
 nasib perlahan... si kawan aku, geng gi minum sesama ni ternampak lah driver kereta VOlvo ni, macam kene kejutan je..macam orang kene serangan jantung, kereta berhenti kat tengan jalan, nampak tuanya tu tak sedarkan diri.
 nak jadikan cerita ada uncle CHINESE panggil kami, minta tolong tengok apa yang berlaku dalam kereta VOLVO tu... kami pun tolonglah tengok. Bala Bala, ada orang pengsan. tak sedarkan diri,
MAKANYA KAMI, dengan segera menelefon POLIS< BOMBAM<AMBULANCE dengan satu talian 999. 
kami cuba kejutkan driver kereta Volvo tu dengan mengetuk cermin kereta, tapi tak sedarkan diri
nak buka tak leh, lock IN...
ada GAYA nak jadi hero lah konon.... muahahahaha
tapi bila polis sampai...  dengan gaya kepolisiannya
ketuk kuat2 cermin tu...
DUMMM!!!!!X3
DUMMM!!!!!X3
DUMMM!!!!!X3
 encik bangun encik...macam la driver tu kat dalam ley dengar dia cakap....hahahahaha
DUMM!!!!! ohh tetiba driver tu sedar kan diri...buka cermin kereta...
polis tu cakap , encik ok..? encik ok? tapi driver volvo tu macam bengong-bengong je...peninnn 


BOMBA dan AMBULANCE tok jadi MARI........

polis tu  sarjan agaknya
minta ic.....tunjuk ic..dia bagi... lepas tu driver tu buka pintu....
keluar isap rokok.....
kami duk tengokk je ...dari polis sampai sehingga driver tu sedarkan diri... tak ley jadi hero dah sebab polis dah datang....hahahahahaha
dari konstabel sampai sarjan agaknya..dekat 5,6 orang jugak...kebanyakan polis asal dari kelate..(kelantan D.N)


nak cerita lagi...... driver yang keluar tadi lepas bagi ic....bila berdiri...bergoyang-goyang.....
ada konstabel tu cakap....
" acu mung tengok tuh....duk diri pun tok betol...goye-goye...mabukk tuhhh, bukan dio selogg dale kretoo....
dio mabuk jenero"....  
si driver volvo ni pulak...siap cucuhh api rokok lagi...depan polis duk tengok dia ramai-ramai... selamberrr je cucuh api rokok.....tak sedarr...mabukk punya pasal...  aku join je lah tengok...




nak cerita lagi.....
tak tahan sungguh..aku pun terasa malu.....tengokkk
 isap rokok, jalan goye-goye.....gi belakang lori yang ada parking depan BHP tu.... boleh dia buka seluar ,,...KENCING!!!!!! berdiri kat situ...tanpa ada KEMALUANYA....punya sifat...aduhaiii.... 
nak tegelak..... INILAH kalau dah mabukkk...


yang bahaya bila mabuk semasa memandu atau *drive ni..... tak sedarkan diri lah,..boleh dan risiko untuk berlaku kemalang.... EKSIDENNN
gambar contoh~~
kalau dia sesorang tak apalah...eksidenn tapi, yang risau...libatkan orang..ragut nyawa orang lain 
yang tak mabukk pulak......aduhaiiii....
 SI DRIVER VOLVO C70 DUA PINTU YANG PEMABUK NI...gaya macam geng datuk-datuk... TUAAAAA!!!!! dah...ORANG KAYA tu.... si Uncle yang minta tolong tadi duk cerita kat kami yang keluar minum...  ~~~semasa kejadian...~~ sambil duk tengok gelagat orang mabukkkk 


nak cerita lagi sikit...
bila dah selesai....dengan gelak-gelak..kami pun bertolak lah pulang...hahaha
polis tengah buat kerja dia....agaknya mesti kene saman SI PEMABUK TU...lelaki..
yang pasti...macam bukan melayu...lah...
MAKANYA tak mahu duk menyibuk kat situ..pulanglah kami dengan selamat....hehehehe 


nak pesan...jangan lah masuk semasa memandu
bahaya...risiko eksidenn tinggi...


bah kan mabuk haram bagi muslim...mabuk membawa keburukan
arak* raja segala kejahatan

Wednesday, February 9, 2011

Teringin Nak Mandi Tasik..

salam... lama benar ni kawe dok perbaru blog ni... apa kabar ??  kepada sesiapa yang termasuk blog ni... dan baca entry baru ni... serius.. lama sungguh tinggal blog.. tapi fb tak pulak ea.. hahaha deskriminasi berlaku...  hah ni pasal kisah-kisah hidup kat sekitar UMP kampus Gambang lah.
  
kalau kita berjalan atau jogging ke hujung Highway KK2( kolej kediaman) tu.. kawasan pembinaan sana. adalah satu tasik semula jadi lah kot.. mungkin la..











 kalau tengok kawasan sekitar pun tasik di tengah-tengah bukit bukau, hutan gunung-ganang UMP kan.. mungkin la kawasan tadahan air sekitar tempat ni. 

tasik ni kalau kita lihat agak besar la..tengok air pun jernih, serius rasa nak terjun, menyelam je.. sentuh air sejuk jeh.. freshhh... 


lepas jogging hari tu..rasa nak berjalan ke kawasan tasik tu.. apa lagi kebetulan katakan... layan je lah keindahan alam yang tersembunyi...huhu... mungkin masih ada segelintir pelajar UMP tidak tahu bahawa kita ada tasik semulajadi*mungkin... 













tempat ni agak tersembunyi tau... mungkinlah boleh jadi tempat orang-orang petapa... tapi jangan pula budak-budak yang tak berapa betul agama datang petapa... karut pulakk nanti...


inilah antara aktiviti riadah yang ada di sekitar UMP Gambang, tapi tidak di galakkan sangat bagi pelajar untuk ke kawasan tasik , dan di larang sama sekali untuk ke kawasan pembinaan atas faktor-faktor keselamatan pelajar.... 


~~~ Pengalaman Untuk Dikongsi~~
sekian~~...

Wednesday, January 12, 2011

sebelum cuti semester.....

Assalamualaikum..
Aduhai… macam mana nak mulakan entry kali ni. Ok kita mulakan dengan apa yang telah berlaku sepanjang cuti dari 22/11/10 sehingga masa ni  10/12/10…
Lepas exam hari tu aku pergi jalan-jalan rumah kamal jamali, budak kelas aku. Rumah dia di kawasan Pagoh, dalam daerah Muar.
sebelum sampai ke Muar, kami singgah di air terjun Gunung Ledang, mandi-manda di sana.. seronok juga mandi... penat, pancit panjat bukit nak ke air terjun yang paling atas,.. ada makcik tu sampai henti-henti macam buat check point dah...hahaha



Sesampai je kat rumah, adik dia sambut dengan sapaan HELLO MY BROTHER>>> hahaha…gelak sakan kami, adik sempoi macam abang dia..si kamal…
Kat pagoh, kami bermalam.. night sport main badminton sampai semput-semput. Penat sangat, driver tetap paling teruk, kebas-kebas kaki…





Wednesday, November 24, 2010

Tentang Darah Yang Mengalir

Salam..apa  khabar semua? 

Mengenai entri kali ini..peristiwa dan pengalaman raya haji korban baru-baru ni, 17/11/10. Sangat berbangga dapat bantu orang-orang kampung sama-sama potong daging lembu yang disembelih/dikorban. Banyak tengok darah yang tumpah mengalir ke tanah tanda pengorbanan umat islam kepada Penciptanya.
Tapi lain cerita pula dengan aku, aku sendiri pun mengalirkan darah di kaki. Akibat dari sikap cuai menggunakan peralatan sampai betis sendiri terkena parang, koyak kulit nampat putih tulang. Luka sempit tapi agak dalam. Alhamdulillah kat betis( tulang kering)  tidak banyak salur darah, menyebabkan pendarahan kaki aku tak banyak. Tapi darah tu sempat juga mengalir hingga ke tumit..
Alkisah nak potong kayu api untuk nak buat bara api, bara api ni nak guna semasa nak bakar satay nanti sebelah malamnya. Potong kayu bila nak magrib, malapetaka menimpa parang makan kaki tuan. Kayu api patah parang terlajak makan kaki sampai berdarah.







Bercerita tentang darah ni, manusia atau vertebrate mempunyai jenis-jenis darah yang tertentu.
Jenis –jenis darah( A, B, AB, O)
            Jenis-jenis darah atau kumpulan darah ialah pengelasan darah berasaskan kehadiran atau ketiadaan bahan-bahan antigen pada permukaan sel darah merah.
Manusia juga mempunyai jenis-jenis sel darah iaitu sel darah merah, sel darah putih dan juga platelet darah. Dalam setiap darah, ianya mesti mempuyai tiga komponen sel yang tersebut untuk melengkapi setiap komponen sel darah dalam badan. Setiap tiga komponen sel darah ini mempunyai fungsi yang tertentu dan sangat khusus.

Darah merah ( eritrosit atau hematid )
-Sel darah paling umum dalam vertebrat. Fungsinya membawa oksigen dari paru-paru atau insang untuk dihantar ke seluruh badan






Darah putih ( leukosit )
-sel darah putih, leukosit adalah sel darah yang membentuk komponen darah. Sel darah putih ini berfungsi untuk membantu melawan pelbagai penyakit infeksi/ berjangkit sebagai sebahagian daripada sistem kekebalan tubuh. 

Platelet ( trombosit )
-keping darah, plat darah , trombosit atau platelet adalah sel anuklear kecil yang teredar dalam darah yang terlibat dalam mekanisma hemostatis tahap sel yang menyebabkan pembekuan darah( thrombus).
Hah.. ni nak cerita pasal platelet darah ni. Dalam aku punya keadaan, darah aku mengalir dengan perlahan, lepas tu dia terus beku. Maknanya platelet darah aku masih tinggi dan normal.









Nak cerita kesan-kesan kalau kita kekurangan platelet darah:
-jika platelet tidak berfungsi atau platelet darah yang sedikit boleh menyebabkan pendarahan yang berterusan, manakala jika jumlah yang tinggi dan melebihi tahap normal boleh meninggkatkan risiko thrombosis


Penyakit kekurangan platelet darah.
   





Penyakit ni di kenali sebagai TPI (Trombositopenik Purpura Idiopatik )
Trombositopenik Purpura Idiopatik (Idiopathic Thrombocytopenic Purpura - ITP) adalah sejenis penyakit darah yang jarang ditemui tetapi ia sangat serius kerana boleh menyebabkan pendarahan berpanjangan yang membawa kepada kematian.

Pesakit ITP akan mengalami bengkak dan pendarahan berlebihan. Dalam beberapa kes, pesakit mengalami pendarahan serius seperti di otak yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.


Rawatan bagi penyakit ni agak susah sebab ianya jarang berlaku, oleh itu tiada cara perubatan yang khusus untuk memastikan penyakit ini boleh sembuh dengan yakinnya. Tetapi beberapa kaedah atau rawatan telah di lakukan sekarang  oleh penyelidik perubatan untuk menghadapi penyakit ni. 

1.      Ubat

Ubat seperti steroid dan immunoglobulin adalah ubat pertama yang akan diberikan kepada pesakit. Ia boleh membantu menambah jumlah platelet dalam darah dengan mengubah aktiviti sistem imun.

Bagaimanapun ubat ini mempunyai banyak kesan sampingan dan masalah boleh berulang. Pengambilan ubat steroid yang berpanjangan boleh menimbulkan banyak kesan sampingan seperti pertambahan berat badan, ciri sindromcushing (leher berlapis), kencing manis, tekanan darah tinggiosteoporosis, emosi tidak stabil dan cepat berubah, katarakglaukoma, risiko jangkitan meningkat dan haid yang tidak menentu.

2.      Pembedahan pembuangan limpa (splenektomi)

Kebanyakan pembedahan dilakukan pada pesakit dewasa jika pengambilan ubat steroid tidak menampakkan sebarang kesan. Pembuangan limpa akan menghentikan kemusnahan platelet di dalam limpa tetapi pada masa sama, pesakit terdedah kepada risiko jangkitan sepanjang hayat mereka. Bagaimanapun risiko jangkitan ini boleh dikurangkan dengan mendapatkanvaksinasi sebelum pembedahan.

  info: wikipedia, www.sihatselalu.com.my
  gambar: google images, wikipedia, www.sihatselalu.com.my