Followers

Tuesday, June 11, 2013

BROGA HILL, SELANGOR " Pacat Broga Hill "


Assalamualaikum.....

Apabila sampai waktu penat study, mungkin perlu juga masa untuk tenangkan fikiran.. bergembira semuakan.. Dan secara kebetulan last week 7/06/2013 ada expo OGA...asia pasific oil and gas 2013 di KLCC.. sambil layan expo drop resume kat syarikat yang berkenan tu kan... Kami plan la nak panjat bukit Broga ni.. a.k.a Broga Hill..(BH) *bukan berita harian yer...kawan2.. :)
 
Ternyata memang femes Broga Hill ni.. sebab ramai sangat yang naik/panjat.. tinggi BH ni tak tau lak berapa, tapikan..berpeluh kawe..sampai menitis ... ini serius.. 

Rancang awal nak naik BH ni..sebab kalau hari minggu memang ramai orang. Dan kalau nak tengok mata hari naik..panjat la seawal jam 4.00am/4.30am.. dan jangan lupa bawa sejadah dan air wuduk.. kat atas sana tak ada paip air okeh.. sediakan seawalnya.. kemana pergi ibadah kena jaga okeh.. 

Kami 5 orang..pergi dah lewat.. 5 am gerak dari section 13 Shah Alam.. berhenti solat subuh di petronas pump.. dan beli bekal makan semua.. Dalam 6.30am dah mula mendaki...cehhh...!! bunyi macam nak naik gunung everest..sampai separuh..rasa dah semput..wakaka... 

Kalau nak rasa dan alami pengalaman..anda kena cuba sendiri.. saya sudah, anda bila lagi.. ? *gaya macam iklan..hehe..

Dan enjoy the view....











dari kiri " Yon,Syamganu,Johar,Nasa"
Pacat Broga Hill
Kami panjat pakai kasut Crocks je.....itu penting!!

Crocks hadiah dari China... ada orang belikan.. :)


Tengok....ramaikan.. semua orang pakai kasut sukan... :)
 






our Team... PACAT BROGA HILL.. only us know the real story...keh3..


Yang penting...Tokey sudah sampai ke SINI!!!

yon dan hajar... tahniah hajar..sampai jugak kat puncak ni.. walaupun jalan dah macam ting tong...keh3..

Bendera Malaysia kat Atas... :)



 the Million Thanks...to Johar ... dah macam abang sendiri.. :)

TQ Johar dan Kak Siti sebab..belanja makan Buger Bakar Abg Burn.. :)


Thursday, June 6, 2013

Bukan Marah, Bukan Benci

Assalamualaikum....

Bukan marah, bukan benci...tapi kecewa... harap faham situasi ini. Aku paling tidak suka menanti suatu perkara yang belum pasti, sebab apa ? Sebab aku dah banyak kali kecewa dan sungguh kecewa. Oleh itu sekarang malas nak fikir perkara yang mungkin dapat mengecewakan hati... Bukan tak suka pada sesuatu, cuma tak nak mengharap...

Penat nak jaga hati semua orang,  kawan je kan senang... dan jangan awak harapkan lebih dari itu

"awek kat kampung tu pun cantik, dia anak guru ngaji al-quran tau " ....hemm...*angkat dagu dan angkat kening*


p/s: anak guru ngaji tu pun belum tentu .....suka...*sign..kecewa...lagi..gamok nyer.. yer dak ?


Tuesday, June 4, 2013

Adakah bahagia hidup kita ?

Assalamualaikum....


Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

" jiwa sedih dan resah "

moment banyak dengan budak2 nih.... Bakal Gas Engineer seme ni.. InsyaAllah

Sunday, June 2, 2013

Kadang perlu sembunyi

Assalamualaikum....

Dalam hidup tak perlu semua benda cerita dan bagitahu pada orang, walaupun pada kawan rapat sendiri. Mungkin ada alasan dan sebabnya ianya perlu dirahsiakan dari semua orang. Dan mungkin juga masa yang belum sesuai nak cerita pada orang. Bagi mereka yang berfikir sejenak, mungkin ada yang faham situasi ni.

Banyaknya mungkin... :).. 

" Senyum diwajah tenang, belum tentu hati gembira "  



Angan nak beli motor macam ni... :)






Saturday, June 1, 2013

Rungutan tanda jiwa tidak tenang

Assalamualaikum...


Dalam hidup kita mungkin ada rungutan. Tidak puas hati dan tidak senang dengan banyak perkara. Jiwa yang banyak rungutan akan sentiasa tidak ada masa tenang didalamnya. Janganlah kita selalu ada rungutan, sungguh hidup perlu bersyukur apa yang ada dan berfikir maju kehadapan dengan tenang.


" nak maju, jangan banyak merungut"




 p/s: tempat biasa duk dalam kelas mesti le kat belakang....hahaha